Menurut bapa mangsa, anak perempuannya itu telah dirogol oleh lelaki yang sudah mempunyai beberapa orang isteri itu, sekitar bulan Jun.
Mangsa dipercayai mengenali lelaki terbabit yang juga pembekal sayur-sayuran mereka. Setelah berkenalan agak lama, lelaki itu membawa mangsa ke rumahnya di Kepong di mana mangsa telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks. Namun mangsa menolak, menyebabkan lelaki itu melakukan perbuatan keji itu tanpa kerelaan mangsa.
Mangsa kemudian memaklumkan kejadian rogol itu kepada ibu bapanya, namun tidak mahu membuat laporan polis.
Menurut bapa mangsa, anaknya itu berasa kasihan dengan lelaki yang telah merogolnya, yang juga mempunyai beberapa isteri dan anak. Malah, lelaki itu menawarkan diri untuk bertanggungjawab dengan mengahwini mangsa.
Mangsa menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan lelaki itu pada 27 Jun selepas membuat pemeriksaan perubatan berhubung kes rogol itu.
Bapa mangsa, yang sama usia dengan perogol anaknya itu, membuat laporan polis bagi pihak anaknya pada 10 Julai lalu.
Memandangkan mangsa bukan lagi di bawah umur dan enggan melakukan dakwaan rogol itu, polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki terbabit.
"Mula-mula rogol, kemudian kahwin? Lelaki itu memujuk anak saya untuk berkahwin dengannya. Kami tidak bersetuju dengan keputusan mereka itu.
"Perbezaan usia di antara mereka berdua terlalu jauh. Jika mereka berkahwin, anak saya nak panggil dia apa? 'Ayah'?" soal bapa mangsa. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :