
Penyanyi
cantik Farahdhiya mendedahkan telah diperdaya oleh individu yang
menyamar dirinya sebagai Ally Iskandar (Selebriti TV3) dengan menawarkan
pekerjaan dalam aktiviti pelacuran sebagai Gadiss Peneman (Escort
Girl).
Farahdhiya
atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 32, berkata, dia
nyaris-nyaris terpedaya kerana pada awalnya individu yang menyamar itu
menawarkan kerja sebagai pengacara di salah sebuah program televisyen.
“Saya
ingin berkongsi kejadian yang berlaku kepada saya sebelum ramai lagi
akan tertipu. 3 bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar
mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana
pernah beberapa kali bekerjasama dengan dia, saya memberikan nombor
telefon peribadi.
“Dia
kemudian menghantar mesej di laman WhatsApp beberapa kali untuk
menawarkan kerja hosting. Pada mula ianya tiada masalah, semua
perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu
membuatkan saya ada berasa ragu,” ujarnya lagi.

Farah
mendedahkan perkara tersebut bersama beberapa keping foto perbualannya
dengan individu itu di laman rasmi Instagram miliknya.
Tambah
Farah, individu tersebut kemudiannya mula cuba menawarkan pekerjaan
tambahan lain dengan bayaran ratusan ribu ringgit di luar negara.
Dia
juga ditawarkan menjadi duta sebuah produk yang tidak dinyatakan dan
diragui, selain perlu menemani seorang VIP bercuti ke keluar negara.
“Ally
palsu itu menawarkan kerja tambahan selain hosting dengan harga
RM30,000 dan RM140,000. Awak semua boleh baca di gambar apa yang mereka
tawarkan.
“Ia
sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar
depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir
mana yang betul dan salah,” katanya lagi.
Farah
berkata, dia sudah menghubungi terus Ally Iskandar mengenai hal itu dan
dia memberitahu orang lain juga turut terpedaya dengan penyamaran licik
tersebut.
Sehubungan itu dia bakal membuat laporan polis terhadap individu berkenaan agar mendapat tindakan yang sewajarnya.
“Saya
sudah bercakap dengan Ally Iskandar yang sebenar dan dia beritahu
bahawa telah beberapa orang lain turut terkena daripada individu yang
sama.
“Saya
akan buat laporan polis terhadap perkara ini dan saya risau kalau ada
artis baru terpedaya dengan penipu licik seperti ini,” ujarnya lagi.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :