Namun
ada kalanya mereka kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia
ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.
Seorang
budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak
tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua
wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya
pelancong asing.
“Sebelum
ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun
selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak,
tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.
“Apapun
perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara
sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali
kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. “Ia bukannya
pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba
menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba,” katanya.
Ditanya
mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya
menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu
sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.
“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.
“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.
Seorang
lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24,
berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya
mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya
membabitkan pelancong bajet atau ‘backpacker’.
“Mereka
biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka
sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang
kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka
menginap.
“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang,” katanya.
Sementara
itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang
mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam
kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini
memantau aktiviti golongan itu.
“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.
“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).
“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.
“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).
“Kebanyakan
budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung
selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai
pulau bebas cukai,” katanya.
Sementara
itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua
pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata
untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.
“Ia
sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan
tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat
di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan
antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur.
“Itupun
berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak
saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah
negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin
perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan,” katanya.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @MediaHav0c
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :