Bila ditanya siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu, Fara Fauzana, 36, yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 17 September depan, bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lebih lanjut dan memilih untuk merahsiakan identiti bakal suaminya itu. Fara berkata yang beliau hanya akan memperkenalkannya di majlis perkahwinan mereka.
Namun begitu, tanda tanya siapakah bakal suami Fara bagaikan terjawab apabila ada pihak tampil memberi maklumat dan gambar lelaki pilihan personaliti popular berkenaan.
Menurut sumber pada Berita Harian, lelaki yang hanya dikenali dengan nama Muhammad Hafiz itu menepati ciri dan bayangan yang diberikan Fara ketika sidang media pengumuman perkahwinannya, kelmarin.
“Orangnya memang menepati cita rasa Fara, bertubuh sasa dan wajahnya sedap mata memandang. Berkulit lelaki Melayu dan kini menetap di Kuala Lumpur,” kata sumber tersebut.
Dalam pada itu, BH turut menerima kiriman gambar lelaki yang didakwa ‘buah hati’ kepada bekas pengacara rancangan Nona dan Melodi itu.
Fara ketika dihubungi media enggan mengesah atau menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah bakal suaminya. Selebriti terkenal itu dengan nada ceria hanya ketawa sambil menjemput wartawan BH menghadiri majlis pernikahan yang akan diadakan nanti.
Menurut sumber lain pula kepada BH, Fara sendiri pernah beberapa kali ditemui bersama pemuda yang dikatakan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London.
Selain bergelar ahli perniagaan, lelaki berusia awal 30-an itu juga dikatakan mula berjinak-jinak dalam arena politik tanah air.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :