Biasalah, pekerja cemerlang agaknya. Datang awal pagi buta, tak macam aku, sampai awal selepas jogging, tidur dulu. Hahaha!
Anway, setelah aku ambil masa berfikir panjang, demi kesejahteraan manusia sejagat, aku pun tegurlah awek itu.
"Miss, excuse me miss,"
Anehnya, makin aku tegur, semakin dia resah gelisah. Semakin dia merapat ke dinding lif. Sekali lagi, setelah berfikir sejenak dan demi kesejahteraan manusia sejagat, aku pun mencuit bahu awek itu sambil memanggil dia dengan lebih luat lagi.
Sekali dia melompat macam nak buka langkah kung fu. Terkejut tenuk aku!
"You nak apa ha?! Tolong! Help!" jeritnya berulang kali seperti terkena histeria.
Agaknya dia mungkin takut tengok aku yang serabai berpeluh-peluh selepas jogging. Dia ingat aku pencuri/perompak agaknya.
Dalam keadaan dia menjerit seperti terkena histeria itu, aku tunjuk pada dia,
"Your bag is not zipped,"
Dengan pantas dia tengok bag, laptop dia pun dah nak terkeluar. Aku boleh nampak jelas tablet-tablet dengan barang-barang lain dalam beg itu. Aku juga ternampak beberapa 'nasi bungkus' orang perempuan dalam itu.
Terus dia cepat-cepat menutup beg dia sambil tertunduk. Aku cuma tengok perangai dia sambil menggeleng kepala. Ucapan terima kasih pun tak ada. Not that I'm looking forward to it. I may not be a good person, but I sure as hell not a robber/thief nor a rapist lol. - Zuan Ishmael | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :