KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki cedera di bahagian dahi selepas terjatuh tersembam dalam kereta selepas ibunya brek secara mengejut, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Rozie Othman yang sedang memandu keretanya bersama dengan dua anak kembarnya terpaksa membrek secara mengejut berikutan kereta di hadapannya yang berhenti secara tiba-tiba.
"My twin, kasihan dia. Kereta di depan tiba-tiba brek, saya pun brek mengejut dan menyebabkan anak saya terjatuh tersembam di lantai kereta.
"Ariff menangis sekejap sahaja dan dapat satu jahitan. Alhamdulillah semuanya selamat," kata Rozie.
Insiden itu menyebabkan salah seorang anak kembarnya, Ariff Iskandar, terjatuh tersembam ke lantai kereta dan menyebabkan luka di bahagian dahi. Manakala Aryan, yang pada ketika itu berdiri di tempat duduk penumpang hadapan, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bimbang melihat hidung dan dahi mangsa yang penuh dengan darah, Rozie segera membawa anaknya pergi mendapatkan rawatan.
Mangsa menerima satu jahitan dan difahamkan tidak mengalami kecederaan lain yang serius.
Ibu bapa dinasihatkan tidak meletakkan anak kecil di tempat duduk penumpang hadapan tanpa menggunakan tempat duduk khas bagi kanak-anak, bagi tujuan keselamatan mereka. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :