Gambar Hiasan | Google Images |
Dua hari yang lepas, mak dan abah datang ke rumah. Terpandang kasut abah. Lusuh, penuh dengan selaput lumpur. Tiba-tiba hati menjadi sedih. Sebagai anak, terlepas pandang pada pemakaian dan kebajikan mak dan abah. Apa gunanya kerja kuat kalau diri sendiri saja dapat pakai kasut mahal dan berjalan dengan selesa?
Semalam, bawa mak dan abah pergi Alamanda, Putrajaya. Bagi abah pilih sendiri apa saja kasut yang dia suka. Soal harga, usah dirisaukan.
"Tak payah, abah banyak kasut," abah ulang banyak kali.
"Tapi kasut yang macam mana?" soal saya.
Akhirnya abah terpaksa mengalah. Tengok satu kasut, pusing belakang, letak. Dekat 20 pasang kasut.
"Tak payahlah nom. Mahal," katanya.
Saya paksa juga abah pilih. Tengok abah pegang satu kasut ini lama. Dibeleknya belakang kasut, belek lagi depan, belakang berulang kali. Lalu saya mengambilnya dan tengok harganya RM250.
Tiba-tiba abah ambil semula kasut itu dari tangan dan letak balik.
"Tak naklah, tak lawa," katanya.
"Ambillah abah," saya cuba memujuk.
"Tak apa, abah nak tengok kasut lain," balasnya.
Akhirnya, abah pilih satu kasut.
"Haa! Yang ini murah sikit," katanya.
Itulah, kita suruh dia pilih yang mana dia suka, tetapi dia tetap memilih kasut yang paling murah. Dah habis bayar, abah kata,
"Habislah duit kau. Kau ada duit ke?" abah tanya saya.
Sedih.. meskipun saya dah dewasa, sudah berkahwin, mak dan abah masih risaukan anak. Walaupun diri sendiri tidak mewah tetapi mereka tetap utamakan anak-anak. Walaupun sudah tua dan tidak mampu bekerja, mereka masih tanya anak ada duit atau tidak.
Terima kasih mak dan abah kerana sentiasa menjadi yang terbaik untuk saya dan adik beradik yang lain. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih Allah.
Semalam belikan barang untuk mak dan abah, sale hari ini meningkat. Betul, sedekah pada mak dan abah tak rugi. Malah melimpah ruah rezeki dengan doa dan restu mereka. - Suria Azmi | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :