KEPALA BATAS - Seorang penunggang motosikal jenis Honda Wave, maut dalam kemalangan ngeri dalam kejadian petang semalam, lapor Sinar Harian.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Md Iqbal Hossiin, 40, pekerja kontrak, yang sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat, dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Kenari dari belakang.
Akibat dari rempuhan itu, mangsa terpelanting dan pergelangan kaki kanannya putus, manakala motosikalnya diseret sejauh 50 meter oleh kereta terbabit.
Mangsa maut serta merta di lokasi kejadian.
Dalam masa yang sama, sebuah kereta Perodua Axia yang berada berdekatan dengan mangsa turut dirempuh oleh kereta Kenari tersebut. Bagaimanapun kedua-dua pemandu berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :