Sensasi

'Tak Sedar Diri Punya Maid!'


Perempuan di dalam gambar ini adalah maid saya yang baru saja melarikan diri dari rumah, dua hari yang lalu, Isnin, 18 Jun 2016. Nama gelarannya, Susi. 

Kami sekeluarga baru saja hire maid ini untuk dua bulan, dia masuk bekerja di rumah keluarga saya pada 12 Mei 2016 yang lalu ketika saya sedang cuti bersalin. Saya menetap bersama keluarga saya di Klang. Suami saya menetap di rumah keluarganya di Kuala Lumpur.

Apa yang amat menyakitkan hati ialah, perempuan ini melarikan diri pada waktu pagi menggunakan pintu belakang, meninggalkan dua orang anak saya di rumah. Ketika kejadian itu, saya dan ayah keluar bekerja. Manakala ibu pula menghantar adik bongsu ke sekolah dan adik beradik yang lain menjalani attachment di hospital. 

Bila ibu saya pulang, anak sulung saya sedang melalak di luar rumah (pintu belakang tak ditutup). Seorang lagi anak saya pula sedang menangis di dalam buaian.

Selepas diperiksa, wang tunai ibu bapa saya telah diambil. Dompet adik saya juga menjadi mangsanya, menyebabkan adik saya kerugian RM1,000 lebih selain dari terpaksa membuat kad pengenalan dan lesen memandu yang baru. Selain wang tunai, barang-barang seperti beberapa helai pakaian dan jam tangan saya juga dilarikan.

Saya telah memaklumkan kejadian ini terhadap ejen yang bertanggungjawab membawa perempuan ini bekerja di rumah saya. Ejen berkenaan berani bersumpah bahawa pihaknya langsung tidak terlibat. 

Sementara menunggu pengganti yang baru, pihak ejen juga telah bertungkus lumus mengarahkan kenalannya mencari perempuan ini yang dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang. 

Laporan polis telah pun dibuat dan nombor telefon terakhir perempuan ini ialah 011-14357025. Saya sertakan sekali maklumat dan gambar perempuan ini agar sesiapa yang ternampak perempuan ini di mana-mana, mohon berhati-hati dan tidak mengambil dia sebagai pembantu rumah. 

Sudahlah buat kerja pun malas, suka mengelat, lembab, mencuri lagi. Baru saja dapat duit raya beberapa ratus di waktu raya yang lalu, dapat gaji 12 Julai lalu. Malah telefon bimbitnya kami tak rampas, pakaian pun kami bagi juga. Tak tahulah apa lagi yang perempuan ini mahukan. Memang tak reti bersyukur. Melayang lagi few thousands duit kami suami isteri. 

Kerjasama dari anda semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Doakan kami sekeluarga tabah menempuhi dugaan ini. - Raden Azwani | PIXEL MEDIA


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.