Sensasi

“Kebanyakan Sushi Tidak Halal & Haram Dimakan” – Ini Penjelasan Bekas Chef Masakan Jepun


Hari tu, saya ada chatting dengan seorang bekas chef masakan Jepun. Kebetulan tengah present pada dia design Logo Budget saya. Beliau pernah bekerja di Suntory Japanese Cuisine di hotel Hilton Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Chef ini juga pernah bekerja di Tokyo Restaurant di bangunan Amanah Capital, Jalan Raja Chulan. Tetapi restoran ini dah tutup sekarang. Selain itu, beliau juga pernah bekerja di Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan dan Sakana Ei.

Anatara perkara yang beliau bocorkan kepada saya adalah, hampir semua hidangan sushi yang mengekalkan originality standard sushi adalah haram dimakan. Saya yang peminat tegar Sushi King ini juga terperanjat setanlah kan. Memang saya tahu bahawa Sushi King ini masih belum mendapat sijil halal. Alasannya, kerana terlalu banyak pembekal, jadi sukar untuk mereka dapatkan pengesahan halal daripada semua pembekal.

Dari laman Sushi King

Jadi, saya bersangka baiklah pada Sushi King. Tetapi chef yang sudah otai dalam menyediakan kulinari Jepun sendiri yang membocorkan, yang kebanyakan sushi ini adalah tidak halal. Jadi saya tidak mampu bersangka baik lagi.

Nak tahu kenapa? Menurut kata chef ini:

  1. Nasi kepal sushi rasa masam-masam sedikit kan? Sebenarnya nasi itu bila sudah masak, mereka akan gaul sedikit dengan cuka dan mirin (4% alkohol)
  2. Belut (unagi) itu pula dimasak dengan soy sos + sake (40% alkohol)
  3. Lagi malang kalau makan di restoran yang benar-benar mengekalkan keaslian makanan Jepun ini. Selepas makan, mereka hidangkan pencuci mulut, agar-agar dan buah. Agar-agar itu dicampur dengan jus oren wisky. 
  4. Saya tanya chef ini, betul ke terjadi pembaziran air semasa nak membuat nasi sushi ini? Beliau memberitahu bahawa beras California memang kena running water semalamam. Sebab itu, berasnya sticky. 
Jelasnya lagi, mereka tidak menggunakan babi tetapi mereka banyak menggunakan arak dalam penyediaan makanan mereka. Beliau pernah cuba menukar resipi menggunakan bahan yang halal 100% tetapi banyak pelanggan yang merunggut sebab rasanya tidak sama dengan sushi yang asli. 

Alhamdulillah beliau sudah bertaubat dan berhenti menjadi chef makanan Jepun. Beliau tidak sanggup bersubahat dengan pemilik restoran untuk membuat menu haram ini.

Ini bukan cerita rekaan saya, saya Taufiq Razif bertanggungjawab dengan post ini. Minta tolong sangat-sangat viralkan agar ramai orang Islam terselamat daripada sushi yang tidak halal. - Taufiq Razif | PIXEL MEDIA


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.