"Assalamualaikum, ...selamat malam semua keluargaku saudaraku, tidak lupa buat kawan-kawan yang mengenali diri ini. "Sempena 12 Syawal yang mulia ini, aku dan anak-anak memohon seribu kemaafan seandainya ada salah dan silap, ...halalkan makan dan minum serta apa yang kami terpakai selama ini. "Salam sayang selalu dari aku dan anak-anak. Ingat kami dalam doa kamu, .... Wassalam," katanya dalam status yang dimuatnaik pada 17 Julai lalu bersama gambar terbarunya bersama dan dua anak lelaki.
Dalam kejadian jam 8 malam semalam, Rohana yang ditinggalkan suami sejak tujuh bulan lalu ditemui mati tergantung dalam tandas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Kota Samarahan. Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui dua anak lelakinya, Adam Hadiman Noorahman, 7, dan Mohd Ikmal Danish Noorahman, 4, dalam bilik tidur dengan keadaan muka pucat dan bibir hitam.
Rohana dan Adam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ikhmal dilaporkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan.
Turut ditemui di lokasi kejadian botol cecair peluntur pakaian yang dipercayai digunakan bagi meracun dua kanak-kanak malang berkenaan. Difahamkan, jenazah tiga sekeluarga ini masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Kejadian diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis Sarawak tidak menolak wujud elemen jenayah dalam kejadian ini dan siasatan terperinci sedang dijalankan. - Berita Harian.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :