Umum

“Punca Kebakaran Bukan Dari Litar Pintas, Wujud Elemen Lain Yang Mencurigakan Iaitu..” MENGEJUTKAN !

“Punca Kebakaran Tahfiz Bukan Dari Litar Pintas, Wujud Elemen Lain Yang Mencurigakan Iaitu..” MENGEJUTKAN !!!| Siakapkell – Hasil siasatan awal pihak bomba & melalui penjelasan daripada salah seorang warden yang selamat, Bomba mendapati bahawa punca kebakaran bukan berlaku daripada litar pintas & sebaliknya kehadiran dua tong gas kuning selain 4 gas memasak sangat mencurigakan !

Gambar Tong Gas Kuning Sekadar Ilustrasi: Google Image

WUJUD ELEMEN MENCURIGAKAN

KUALA LUMPUR: Wujud elemen mencurigakan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung di sini, pagi tadi apabila ada antara mangsa yang terselamat melihat tong gas kuning di luar bilik asrama.

Seorang tenaga pengajar yang juga warden pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi, berkata sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar.

“Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar. “Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

WARDEN PELIK KEHADIRAN DUA TONG GAS KUNING
Mohd Arif berkata, dia sendiri pelik bagaimana dua tong gas berwarna kuning itu boleh berada di luar pintu asrama sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan berwarna hijau dan diletakkan di dapur di tingkat bawah. “Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di situ,” katanya.

PUNCA BUKAN DARI LITAR PINTAS
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran di pusat tahfiz itu bukan berpunca daripada litar pintas. Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

API MEREBAK LUAR BIASA
“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak. “Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

BOMBA PERCAYA PENYEBAB KEBAKARAN MUNGKIN DARI LUAR
Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan. “Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya. Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi tadi.

Sumber: BH Online

The post “Punca Kebakaran Bukan Dari Litar Pintas, Wujud Elemen Lain Yang Mencurigakan Iaitu..” MENGEJUTKAN ! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber: siakapkell


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.