Umum

Pengulas Berita Astro Awani Ini Tidak Tahan Menahan Sebak Apabila Mendengar Cerita Sebenar Yang..

Pengulas Berita Astro Awani Ini Tidak Tahan Menahan Sebak Apabila Mendengar Cerita Sebenar Yang..| Siakapkell – Terasa sayu apabila pengulas berita Awani dan subjek tidak dapat menahan sebak ketika berada di tapak kejadian untuk membuat liputan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah ini. INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROOJIUN…

TAKZIAH BUAT SELURUH KELUARGA YANG TERLIBAT.
23 dilaporkan maut dan 6 kritikal dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur awal pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan. Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya sekitar jam 6.30 pagi.

Kebanyakan mayat mangsa rentung ditemui berlonggok dan saling tindih menindih. Dari wawancara Astro Awani, ramai pemerhati memberitahu para pelajar terjerit-jerit meminta tolong sebelum hangus terbakar namun sukar dibantu kerana hanya ada satu pintu dan semua tingkap pula dipasang dengan jeriji kekal.

Sejumlah 36 pelajar dilaporkan berada di asrama yang terbakar. 14 pelajar dan 4 guru dilaporkan berjaya menyelamatkan diri termasuk terjun dari tingkat dua. Bomba berkata, mangsa yang cedera, termasuk enam yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohamad Daniel 15, satu-satunya remaja yang cuba membantu dari luar telah turut cedera. Menurut saksi yang membantu, kebanyakan yang terjun dari tingkap pula didapati parah. Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan. Al-fatihah.

VIDEO PENGULAS BERITA & SAKSI KEJADIAN SEBAK

Sumber Astro Awani via Warga Prihatin

The post Pengulas Berita Astro Awani Ini Tidak Tahan Menahan Sebak Apabila Mendengar Cerita Sebenar Yang.. appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber: siakapkell


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.