Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, bukti dan keterangan saksi menyangkal teori awal yang mengesyaki kebakaran itu berpunca dari litar pintas.
"Selepas melakukan pemeriksaan secara teliti dengan menggunakan anjing pengesan, kami mendapati kebakaran bermula di luar bilik asrama di tingkat dua.
"Anjing turut terhidu kesan kimia di sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal," katanya.
Katanya lagi, mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian itu memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa mereka tidak dapat melarikan diri dari bilik asrama melalui pintu kerana ada dua tong gas di kawasan itu.
"Silinder itu sepatutnya berada di dapur, di aras bawah.
Pada awalnya, polis mengesyaki kejadian berlaku disebabkan litar pintas, namun Khirudin berkata, Suruhanjaya Tenaga yang turun ke lokasi kejadian mendapati tiada sebarang tanda-tanda litar pintas atau beban lebihan pada output elektrik.
"Kita perlu menunggu sehingga ujian makmal selesai dijalankan dan kita akan serahkan kepada polis untuk siasatan. Bila berlaku begitu (khianat), kita anggap jenayah dan jenayah di bawah bidang kuasa polis.
"Kita mahu cepat kerana kes ini sudah menjadi perhatian negara dan semua pihak mahu mengetahui punca kebakaran," katanya.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :