Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 22 pelajar dan 2 gurunya membuatkan ramai yang sedih dan terkilan. Namun, banyak persoalan yang timbul bagaimana kejadian itu boleh berlaku?
Sementara pelbagai pihak tertanya-tanya punca kejadian, pengetua tahfiz berkenaan pula mengatakan para pelajar yang terkorban mati syahid.
"Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.
"Mereka ini, insya-Allah mati syahid," kata pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmod, memetik dari portal Malaysia Gazette semalam.
Malangnya, kenyataan pengetua pusat tahfiz itu tidak menyenangkan ramai netizen, yang juga turut mendapat perhatian hos rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) iaitu, Nazrudin Rahman.
"Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don't know. Tell me if you've done enough due diligence. Mereka datang untuk belajar, mereka mati kerana cuai.
"Mereka mati kerana mentaliti yang tak hiraukan piawaian. Janji ada tanah wakaf, nak buat baik, bukalah tahfiz. Tak ada ciri-ciri keselamatan?
"Tak selamat, tak apa. Semuanya kehendak Allah swt, semuanya qada' dan qadar.
"The next idiot who tweets 'benda dah nak jadi', I swear needs a serious slap to refocus their brain.
"Ini bukan isu syahid, ini isu kecuaian yang membawa maut. Kena benda kena jadi, baru kita nak menggagau mencari penyelesaian? #shameonus.
"Ibarat cuci bangunan, tapi boss tak kasi pakai safety harness. Bila jatuh, Allah, benda dah nak jadi. Mentaliti bangsat.
"Kali ini kita takkan diam. Berapa kali lagi nak jadi? Berapa banyak lagi budak yang harus dikorbankan kerana kebodohan? Berapa banyak lagi yang perlu mati sebelum kita sedar yang kita bangang tak makan saman?" tweetnya.
Apa yang disuarakan oleh Nazrudin adalah benar. Fokus utama pada kes ini adalah isu kecuaian, ini bukan masanya untuk menentukan mangsa mati syahid atau sebaliknya. Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat punca sebenar kebakaran dan mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :