Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Tindakan TERDESAK Pasangan Ini Pada Bayi Baru Lahir MENGEJUTKAN !!! | Di India mereka yang hidup dalam kemiskinan sering dipandang rendah dan sentiasa menerima layanan yang sangat teruk serta tidak dihormati oleh masyarakat setempat.
Walaupun mereka hidup dalam tekanan masyarakat yang memandang kebendaan, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk ahli keluarga mereka dalam menjalani situasi yang sukar.
Seorang lelaki miskin, Nirakar Moharana dari Tehsil, Odisha dikatakan terpaksa menjual anaknya yang ke-3, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan untuk membayar bil hospital isterinya yang baru bersalin.
Apa yang menyedihkan mereka seolah-olah tidak boleh berbuat apa-apa dan suara mereka tidak kedengaran oleh siapa pun!
Gitanjaali, isteri Nirakar dimasukkan ke hospital daerah untuk melahirkan anak ke-3 nya. Walau bagaimanapun, seorang pekerja dari ASHA (Association for Social and Health Advancement ) telah mencadangkan supaya mereka berpindah ke hospital swasta, Nirakar hanya bersetuju tanpa teragak-agak sehingga tanpa dia sedari dia terpaksa menanggung bil hospital yang sangat tinggi!
Untuk membayar bil hospital tersebut, Nirakar terpaksa menjual anak perempuannya kerana dia tidak mempunyai pilihan lain. Dia hanya memiliki kurang daripada 100 rupee (RM 67.00) dalam poketnya.
Walau bagaimanapun, dia dipaksa bertindak dengan memfailkan aduan terhadap pekerja ASHA yang menyuruhnya berpindah ke hospital swasta.
Kredit: thehindu.com.
Polis walau bagaimanapun telah menangkap pasangan yang membeli bayi itu. Selain itu, polis juga mengambil tindakan lanjut mengenai aktivis ASHA yang didakwa bersalah dalam kes penyelewengan!
Pekerja itu seolah-olah kurang prihatin dan tidak memberi perhatian kepada kes itu! Aktiviti-aktiviti seperti ini masih berleluasa di kampung-kampung kecil di India.
Kita, sebagai manusia juga harus sedar dan faham bahawa dengan hanya menjual bayi ketika di bawah tekanan bukan penyelesaian baik untuk menyelesaikan masalah kemiskinan.
Kita juga harus bekerjasama menyuarakan kebimbangan terhadap amalan yang melanggar hak asasi seperti ini!
Kredit : Era Baru
P.S. 1 – [Video] Buat 5 Ujian Ini Dan Korang Tergolong Dalam Orang “Rare” Di Dunia !!!
P.S. 2 – Selepas 25 Tahun Bandar Ini Di Tenggelami Banjir..Apa Ditemui Bila Kering Sangat MENGEJUTKAN !!!
P.S. 3 – Inilah Sebab Kenapa Ubat Tablet Ada Pelbagai Jenis Bentuk Serta Warna Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 4 – Tahukah Anda,7 Kegunaan Menarik Soda Bikarbonat Di Rumah Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – Gara-Gara Minum Air Rebusan Jagung..Doktor Terkejut Lihat Apa Jadi !!!
The post Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Tindakan TERDESAK Pasangan Ini Pada Bayi Baru Lahir MENGEJUTKAN !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber: kitaviral
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :