Situasi Yang Menyedihkan Buat Atikah Suhaime, 6 Bulan Tiada Job, Duit Simpanan Nak Habis
Atikah Suhaime melalui situasi amat menyedihkan dalam kerjaya seninya dan kerana tiada tawaran berlakon, dia terpaksa menjadi pegawai pemasaran.
Pelakon ini akui terpaksa pulang ke Singapura untuk bekerja di sebuah syarikat swasta kerana wang simpanannya sepanjang menjadi artis sudah habis digunakan.
Ini komennya:
"Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan.
"Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja.
"Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni,"
Atikah menjadi tumpuan ekoran kontrversi yang melanda dirinya apabila gambar tak senonoh yang mirip wajahnya tersebar.
Oleh kerana fobia tak ada tawaran berlakon, Atikah mengambil keputusan untuk pulang ke Singapura.
Beberapa hari lalu, Atikah Suhaime ada memberi gambaran untuk berehat dari dunia lakonan.
Menerusi caption di laman IG yang ditulisnya, keputusan dibuat adalah sukar tetapi berehat adalah perkara terbaik untuknya pada masa ini.
Dikatakan semangatnya juga sudah hilang. Namun gambar tersebut telah dipadamnya atas permintaan emaknya.
Sumber: mStar
Sumber: beritamemey
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :