Sensasi

Dasyat !! Debat Antara Awek Tudung VS Awek Tak Bertudung




Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis “huh….sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?” banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu. 

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka 

Lia : Ala….tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini. 


Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia…”Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,” pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla…” 

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat. 

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat 

Lia : Weh pompuan…kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik! 

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat? 

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok! 

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu? 

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat…so what?? 

Suri : Seksi atau tidak…hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut 

Lia : Ala…tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak. 

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga? 

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain……. 

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda. 

Lia : Apa yang aku pakai….ne antara aku dengan Tuhan. 

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya.. 

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat….cuma masih belum sampai seru lagi. 

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat. 

Lia : Relak la…perubahan bukan boleh buat terus…kena la slow-slow. 

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu…jangan ambil nyawa aku lagi..boleh?? 

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas… 

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam. 

Lia : =.=” ok baiiiiii……………………………….. 

Sekadar renungan kita bersama


SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.