"Apa yang berlaku sebenarnya hanya lakonan sahaja. Pihak produksi yang meminta saya menjaga hubungan dengan Aliff agar dia datang ke lokasi penggambaran.
"Mereka memujuk dan menggunakan saya supaya Aliff datang ke lokasi dan memberi kerjasama berikutan penggambaran sepatutnya mengambil masa sebulan kini sudah lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff," katanya memetik laporan dari mStar Online.
Afifah mengakui bahawa dia kesal kerana menuruti sahaja perancangan pihak produksi yang akhirnya memakan dirinya.
"Saya kesal kerana apa yang berlaku adalah rancangan bersama untuk memastikan penggambaran berjalan lancar. Tetapi bila jadi perkara seperti ini, tiada seorang pun dari mereka (produksi) yang bercakap menyebelahi pihak saya," katanya.
Dalam sidang media itu, Afifah turut memperdengarkan rakaman perbualan di antara kakaknya, Anzalna Nasir, dengan seorang kru produksi tentang perkara berkenaan yang mendedahkan niat pihak produksi mempergunakan Afifah untuk melancarkan penggambaran.
Antara isi dalam rakanan itu juga memberitahu, semua yang berlaku adalah tuntutan pihak produksi dan penyanyi itu hanya mendengar kat-akata Afifah sahaja untuk hadir ke lokasi penggambaran.
Afifah juga menegaskan dia tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap Aliff dan apa yang berlaku adalah atas sebab kerja sahaja.
Berikutan kejadian itu juga, bukan sahaja dirinya terjejas, malah keluarganya turut menerima kesan yang sama.
"Setiap malam saya menangis, bukan sebab dikecam netizen tetapi kerana memikirkan kenapa saya begitu bodoh mengikut rancangan pihak produksi," katanya.
Afifah juga turut meminta maaf terhadap Bella Astillah kerana membenarkan suaminya memegang tangannya.
"Saya tidak salahkan Bella dalam hal ini kerana sebagai wanita sudah tentu dia marah. Saya minta maaf dan bersetuju untuk tidak mendekati keluarganya," katanya.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :