Penggunaan corset pada mulanya terkenal dengan meluas di Eropah pada kurun ke – 17 yang dipopularkan oleh rakyat Perancis. Ianya juga dianggap sebagai titik permulaan gerakan feminism kerana terdapat penyokong dan penentang amalan tersebut oleh golongan wanita sendiri.
Apa yang pada mulanya hanya merupakan satu kebiasaan dan inovasi dalam pemakaian mula diikuti oleh orang ramai atas sangkaan bahawa mereka yang mempunyai pinggang yang ramping adalah lebih sihat dan lebih bertaraf tinggi berbanding mereka yang tidak. Ianya semakin juga popular apabila golongan bangsawan serata Eropah terutamanya pada zaman Victorian turut mengamalkannya.
Sejak pada masa itu juga, pelbagai tanggapan bahawa corset ‘tightlacing'(dipakai secara ketat hingga mendapat bentuk yang diinginkan) membawa pelbagai manfaat kesihatan. Namun realiti sebenarnya adalah berbeza.
Rupa seseorang yang meggunakan corset melalui XRAY
Sejak zaman itu juga, mereka yang memakai corset lebih tinggi risiko mengalami masalah pernafasan kerana penggunaanya turut mempengaruhi keupayaan diaphragm(otot yang membantu dalam pernafasan) untuk berfungsi. Pada zaman tersebut, penyakit berjangkit tuberculosis sangatlah berleluasa dan ini menambah kepada masalah kepada pesakit yang mengamalkan penggunaan corset.
Ianya turut mampu mempengaruhi proses penghadaman makanan(dyspepsia) kerana mampu menghalang perut(stomach) daripada menampung makanan dengan banyak. Sekaligus membuatkan mereka yang memakainya cepat rasa kenyang.
Namun begitu, ramai yang mempunyai masalah nutrisi kerana sesetengah jenis makanan memerlukan masa yang berbeza untuk dicernakan(intestinal motility). Yang turut boleh menyebabkan masalah sembelit(constipation) dan intestinal obstruction(usus tersumbat).
Selain daripada itu, penggunaan corset juga mampu menyebabkan masalah tekanan terhadap salur darah(Inferior Vena Cava) yang mampu mempengaruhi jumlah darah yang kembali semula ke jantung daripada seluruh badan. Ini akan menyebabkan jantung terpaksa berkerja dengan lebih keras lagi dan mempunyai risiko untuk tidak mempunyai jumlah yang memuaskan untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh badan. Sebab yang sama kalau anda pakai baju yang terlalu ketat, ianya mampu membuatkan anda rasa pening atau rasa nak pitam.
Penggunaan corset pada jangkamasa yang panjang turut boleh menyebabkan otot atrophy(mengecil) dan menyebabkan sakit belakang kerana mampu mempengaruhi proses degeneration(penghakisan) vertebra tulang belakang(facet joints). Tiada bukti perubatan melainkan ia hanyalah sebagai sokongan(adjunct) dalam kes masalah tulang belakang menggunakan ‘support corset’. Apetah lagi nak menyembuhkan penyakit-penyakit yang melibatkan tulang belakang dengan menggunakan corset.
Thoracic support corset
Corset untuk mereka yang mempunyai masalah scoliosis
Pelbagai tuntutan perubatan yang mengatakan penggunaan corset mampu menyembuhkan masalah kesihatan wanita seperti menyembuhkan cyst, fibroid, endometriosis, keputihan dan memulihkan kesuburan adalah TIDAK BENAR dan tidak berdasarkan fakta perubatan. Ianya hanyalah gimik pemasaran penjual produk-produk yang tidak beretika dan ianya tidak berasaskan kajian mahupun fakta.
Rujukan:
Ali, Majid, M.D. “Control of Constipation .” Ethnics in Medicine. n.d. Web. 14 Oct. 2009
A Randomized Trial to Assess the Contribution of a Novel Thorax Support Vest (Corset) in Preventing Mechanical Complications of Median Sternotomy.
Caimmi , Sabbatini , Kapetanakis , Cantone , Ferraz , Cannas, Tesler 2016
Dynamic corset versus three-point brace in the treatment of osteoporotic compression fractures of the thoracic and lumbar spine: a prospective, comparative study.Meccariello L, Muzii VF, Falzarano G, Medici A, Carta S, Fortina M, Ferrata P.Aging Clin Exp Res. 2017
Morphological Study of Human Liver and Its Surgical Importance.Chaudhari HJ, Ravat MK, Vaniya VH, Bhedi AN.J Clin Diagn Res. 2017
[Syringomyelias in paediatrics: a retrospective study of 25 cases]. Martinez-Albaladejo I, Prochazkova M, Perez-Sebastian I, Bernardino-Cuesta B, Martinez-Ferrandez C, Suarez-Traba OM, Budke M, Garcia-Penas JJ.Rev Neurol. 2016
Flank pseudohernia following posterior rib fracture: a case report. Butensky AM, Gruss LP, Gleit ZL. J Med Case Rep. 2016
The post Kesan penggunaan corset pada tubuh badan appeared first on Root of Science.
Sumber: RootOfSience
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :