Menjaga dan mendidik anak lelaki, nampak mudah tetapi sebenarnya agak mencabar juga. Kebanyakan ibu bapa kini lebih gemarkan meminta anak mereka dijaga oleh 'gajet' sehingga menyebabkan kanak-kanak mula mengenal erti memberontak.
Ini tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa perlu berkerjasama dalam mendidik anak-anak. Menurut Puan Khadijah Tahirah Seikh Salim, anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti luar sepertibermain pasir, pijak rumput dan bagai bagi membantu perkembangan mereka.
Bukan itu saja, malah ada beberapa perkara lain yang ibu bapa perlu titik beratkan seperti yang dikongsikan oleh Puan Khadijah Tahirah ini. Semoga bermanfaat.
IBU BAPA yang ada anak lelaki, kena baca sampai habis.
ANAK LELAKI
- Anak lelaki banyak tenaga
- Anak lelaki suka berlari
- Anak lelaki suka bergusti
- Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berkualiti
- Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memori
Semua ini ada scientific study. Anak lelaki perlu terapi alami. Ada penyembuhan pada alam semulajadi. Biar anak main parit, panjat pokok sana sini. Ini untuk tabung emosi. Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas di kaki. Badan dapat create sistem immunity. Dapat neutralize caj negatif.
Kita nak restore humanity. Jangan asyik biarkan anak pegang joystick dan main PSP, terperap dalam rumah, dinding kanan kiri. Dihadapkan pasif skrin entertainment dari telefon pintar ke televisyen.
Beri anak lelaki haiwan perliharaan. Tak kisahlah walaupun sekadar ikan guppy. Ini supaya dia dapat belajar rasa empathy dan moga dewasa kelak dia menjadi suami mithali serta tiadalah ego yang meninggi. Kan?
Anak lelaki perlukan ayahnya di sisi untuk jadi idola buat dirinya. Luangkanlah masa ke masjid (ini cadangan sahaja). Kalau buat, Allah sukai.
Anak lelaki perlukan ibu yang sentiasa mendengar dan mengasihi. Memang macam-macam perangai yang dia lakukan dan kadang-kadang menyakitkan hati. Tetapi jiwa kena kental, sabar tak bertepi. Cakap sekali belum tentu bergerak. Kenalah mengingatkannya beberapa kali.
Bukan semberono ya? Ada cara dan seni, Otaknya tak boleh proses banyak kerja. Satu arahan, satu situasi. Rasa-rasa nak mengamuk, cakap pada diri.
"Ini amanah Illahi. Tugas kita bukan menghakimi, tetapi mendidik. Beri kasih sayang tanpa berbelah bahagi."
Ini soalan yang terakhir sekali. Dah peluk anak lelaki pagi tadi?
Sekejap saja mereka membesar. Peluklah selagi berdenyut nadi. Ikhlas dari saya ibu kepada anak empat yang semuanya lelaki.
Sumber: Khadijah Tahirah Seikh Salim
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :