Sensasi

'Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu'


Membesarkan anak merupakan cabaran buat ibu bapa. Dengan zaman ini yang bermacam-macam tips di media sosial. menjadikan kita adakalanya tak tahu nak ikut tips yang mana. Namun, bagi lelaki ini, ibu bapa sepatutnya lalui dan menghayati perkembangan anak-anak membesar kerana suatu masa nanti, kita pasti akan rindu dengan ragam dan keletah mereka.  

BILA tengok anak-anak tidur, sedih bila teringat apa yang mereka lalui siang tadi. Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tetapi mereka stay cool. Selepas itu minit, mereka happy semula. 

Keesokannya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka bermain, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi. 


Loop ini berterusan sehinggalah sampai satu hari nanti, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi di depan kita. Tidak lama selepas itu, mereka tidak lagi melompat-lompat di atas sofa dan katil. Tidak lama selepas itu, tiada lagi berlari-lari dua beradik dari ruang tamu masuk ke bilik tidur dapur sampai terjatuh bunga kita. 

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun dah tak nak. Dicium puas-puas seperti dulu pun tak mahu. Rimas dah didukung-dukung seperti dulu. Segan dah nak diajak baring di pangku sambil kita baca-baca. 


Tiada lagi memori hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam lubang tandas. 


Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu. Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment-moment Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya. 

Alhamdulillah dia masih setia meminta saya memegang tangannya selalu. Nanti bila dah sekolah, duduk pula di asrama, mesti lagi sunyi, kan? 

Sumber: Nur Firdaus


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.