RootOfSience

Ubat Selesema bagi budak 2 tahun ke bawah. Bahaya ataupun tidak??

Selesema merupakan keadaan yang selalu dialami oleh kanak-kanak. Ini kerana pada ketika itu, kanak-kanak masih lagi belum terdedah dengan kuman di luar sana. Apabila dia demam, batuk dan selesema bermaksud badan tengah membina immunisasi terhadap kuman tersebut.

Kebanyakkan penyebab selsema pula adalah disebabkan jangkitan virus biasa dan sepatutnya ibubapa tidak perlu risau dan tidak perlu memberi sebarang ubat ubatan terutamanya yang berumur kurang daripada 2 tahun. Ini disebabkan kebanyakkan ubat selsema yang diberikan menyebabkan pesakit mengantuk dan tidur.

Tetapi berlainan pula apabila diberi pada kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah. Ianya boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas(APNEA)

BAYI BERHENTI BERNAFAS SELEPAS MENGAMBIL UBAT SELSEMA

Suatu hari ketika saya bertugas, datang seorang bapa ke ‘red zone’ membawa anaknya yang sudah terkulai layu. Waktu itu kelihatan kanak-kanak yang berusia 7 bulan itu sekejap bernafas dan sekejap berhenti bernafas sehingga 30 saat lamanya. Ketika dia berhenti bernafas, kelihatan muka kanak-kanak itu bertukar sedikit demi sedikit kebiru-biruan.

Ini disebabkan oksigen dalam badan berkurangan dan karbon dioksida menjadi semakin tinggi menyebabkan darah yang warna merah cerah bertukar menjadi sedikit gelap. Warna darah yang gelap disebabkan membawa karbon dioksida itu diterjemahkan pada muka bayi yang berwarna kebiruan. Kami pun memberikan bantuan pernafasan kepada bayi itu tadi supaya kandungan oksigen dalam badannya meningkat.

Kawan saya Dr Azril pun bertanyakan beberapa soalan untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Bapa itu pun menceritakan yang anaknya sudah 2 hari selsema dan dia telah pergi ke klinik pada hari itu untuk mendapatkan ubat selsema.

Doktor locum yang bertugas disitu memberikan satu jenis ubat untuk diberikan pada anaknya. Dr Azril pun meminta nama ubat itu. Bapa itu tak ingat nama ubat tetapi ada menangkap gambar botol ubat itu. Dr Azril pun melihat gambar itu dan mendapati ubat yang diberikan adalah CHLORPINERAMINE. Ini merupakan salah satu ubat selsema dibawah kumpulan anti histamine yang selalu diberikan kepada orang ramai. Tetapi ianya suatu larangan untuk diberikan kepada kanak-kanak dibawah umur dua tahun.

IV line(saluran tiub) dimasukkan ke dalam salur darah bayi itu untuk mengambil sedikit sample darah. Disebabkan bayi tersebut tidak boleh bernafas dengan sendirinya, tiub pernafasan perlu dimasukkan ke dalam saluran pernafasan agar bantuan pernafasan dapat diberikan menerusi ‘ventilation mechine’. Prosedur ini dinamakan sebagai ‘intubation’.

Keputusan full blood count menunjukkan bayi berkemungkinan tidak mempunyai sebarang jangkitan kuman yang serius. Begitu juga X-ray, ianya adalah normal. Satu ujian darah untuk mengesan tahap chlorphineramine iaitu ubat selsema yang diambil oleh bayi tersebut dihantar ke makmal. Sambil menunggu keputusan tersebut, kanak-kanak itu diadmitkan dalam ICU untuk rawatan yang selanjutnya. Semasa di dalam ICU, keputusan darah menunjukkan tahap Chlorphineramine yang berada dalam darah bayi sedikit tinggi daripada tahap normal.

Daripada keputusan darah itu, pakar menyatakan diagnosis pesakit tersebut sebagai RESPIRATORY DEPRESSION SEC TO ANTI HISTAMINE(CHLORPHINERAMINE). Pendek kata kanak-kanak itu berhenti bernafas disebabkan ubat selsema yang diambilnya.

UBAT SELSEMA CHLORPHINERAMINE

Chlorpheniramine merupakan salah satu ubat dibawah kumpulan anti histamine. Ketika mana jangkitan kuman berlaku pada bahagian dalam hidung, sel darah putih pun akan berkumpul di tempat tersebut dan merembeskan satu compound bernama histamine.

Histamine inilah yang akan mengembangkan saluran darah supaya sel darah putih dapat lebih banyak pergi ke tempat yang ada jangkitan kuman. Disamping itu, perkembangan saluran darah ini juga akan menyebabkan lagi banyak rembesan mucous yang berlaku dan akhirnya selsema pun berlaku.

Ubat antihistamine pula akan blok fungsi histamine supaya saluran darah tidak berkembang dan penghasilan mucous akan menjadi berkurangan. Tetapi salah satu kelemahan anti histamine yang terdahulu(1st generation antihistamine) , ia boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak.

Akhirnya akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan chlorphineramine merupakan salah satu first generation anti histamine.

Cuba bayangkan bila ubat ini diberi pada kanak-kanak pula. Sudah tentu ianya akan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak yang malang itu.

Sumber Gambar: http://ift.tt/2u4Ai4S

Jika artikel ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.