Sensasi

Terima Kasih Kerana Tidak Mencintai Diriku

Saya mahu mulakan dengan ucapan terima kasih.

Terima kasih atas kenangan yang anda berikan kepada saya.

Terima kasih kerana beberapa kali anda berkata anda menyayangi saya.

Terima kasih kerana mematahkan hati ini.

Anda mungkin bertanya pada diri sendiri kenapa saya berterima kasih atas segala kesakitan yang anda telah menyebabkan kepada saya. Semasa anda membuat saya berasa seperti barang dan bukannya seorang manusia. Masa kamu melayani saya di hadapan kawan-kawan kita dengan buruk. Walaupun masa saya masih berdiri di hadapan cermin, sedang mencuba untuk melihat pantulan saya tetapi apa yang saya dapat lihat adalah anda dan cara anda telah mengubah saya.

Saya berterima kasih kepada anda kerana saya tidak akan berdiri di sini tanpa anda.

Anda telah mengajar saya bahawa kita tidak boleh memaksa seseorang untuk mencintai diri kita. Dalam suatu hubungan, ianya mesti mempunyai dua orang yang ingin mencuba, bukanlah hanya satu. Dan anda tidak boleh memaksa seseorang itu untuk mahukan anda.

Tetapi anda boleh belajar cara untuk mencintai diri anda.

Saya telah belajar bagaimana untuk melihat pantulan saya dan menyukai apa yang saya lihat, walaupun anda telah mengubah saya. Saya telah belajar bagaimana untuk menari dengan bersemangat dan menyanyi dengan kuat. Saya telah belajar bagaimana untuk ketawa sehingga perut saya sakit. Akhirnya, saya juga belajar bagaimana supaya tidak takut untuk mencintai lagi.

Saya telah belajar bahawa tidak setiap lelaki akan menyakiti saya seperti yang anda lakukan.

Saya telah belajar bagaimana untuk mencari diri saya sendiri dan mencintai setiap satu – saya tidak lagi terikat kerana rasa tidak suka dengan diri sendiri.

Saya telah belajar bagaimana saya ingin dicintai, sepertimana anda tidak mampu lakukan.

Jadi terima kasih. Terima kasih kerana memasuki ke dalam hidup saya untuk mengajar saya.

Terima kasih kerana meninggalkan saya.

(Featured image: Mirish @ DeviantArt; inspirasi: Thought Catalog)

 

 

 

 

See also:

The post Terima Kasih Kerana Tidak Mencintai Diriku appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.