Sensasi

Cara-Cara Anda Telah “Merosakkan” Seorang Gadis Yang Baik

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik dengan merendahkan rasa cinta mereka terhadapmu.

Anda merosakkan gadis-gadis cantik dengan berbohong.

Walaupun mereka jujur terhadapmu.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila anda sentiasa mengharapkan mereka untuk membuat sesuatu untukmu dan berhenti mengucapkan terima kasih.

Anda merosakkan pemikiran wanita, anda memberitahu mereka yang kebaikan mereka adalah satu kelemahan.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik dengan mengatakan mereka perlu berubah.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik dengan memainkan perasaan mereka.

Selama ini mereka hanya inginkanmu.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila mereka memberikan hati mereka kepadamu, tetapi kamu main-main buta.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik dengan hanya mahu menjadi kawan.

Tetapi apabila anda teringatnya di masa yang susah, anda menukar fikiran. Anda hanya inginkan dia untuk mengisi kekosongan hati anda yang sudah rosak.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila anda berhenti mengenali mereka.

Apabila anda membuat mereka merasakan yang terbaik mereka boleh buat adalah tidak mencukupi. Apabila mereka menyayangi anda tetapi sedikit pun, anda tidak bagi mereka kasih sayang anda.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila anda mematahkan hati mereka dan anda membuat mereka fikir ia disebabkan oleh kesalahan mereka.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila anda meninggalkannya kerana anda menyedari bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberi kepada anda.

Anda merosakkan gadis-gadis baik apabila mereka akhirnya berputus asa.

Dan mereka tidak mempunyai kekuatan untuk terus ke hadapan.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila mereka berjalan pergi dan anda pula tidak perasan.

Anda merosakkan gadis-gadis baik ketika mereka menyedari bahawa mereka harus melindungi hati mereka daripada diluka olehmu.

Dan mereka berubah kerana itu.

           Mereka berubah kerana mereka perlu.

           Kerana jika mereka tidak berubah, mereka akan terus terluka.

Dan akhirnya, hati yang terbaik, paling baik, paling besar tidak dapat mengendalikan rasa sakit yang mereka tidak layak merasai.

Jadi hati mereka menjadi sejuk.

Semua tentang mereka menjadi keras.

Sentuhan mereka adalah dalam kegelapan yang tidak lagi lembut.

Secara fizikal mereka mungkin biasa sahaja tetapi secara emosi, tidak.

Mereka akan fikir yang tiada orang akan nampak yang terbaik dalam diri mereka. Mereka akan berasa yang mereka layak ditipu.

Mereka mendengar kata-kata yang yang baik tetapi mereka tidak akan percaya.

Suara mereka menjadi senyap kerana mereka tidak mahu membazir masa mereka.

Mereka membina dinding, supaya anda tidak akan mengenali mereka.

Mereka belajar untuk melindungi diri mereka kerana mereka telah diajar olehmu.

Beginilah cara-cara anda telah merosakkan seorang gadis yang baik.

(Featured image: Cathleen Tarawhiti @ DeviantArt; inspirasi: Thought Catalog)

 

 

 

 

See also:

The post Cara-Cara Anda Telah “Merosakkan” Seorang Gadis Yang Baik appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.