RootOfSience

Parlimen Perancis hari ini mengumumkan VAKSIN ADALAH WAJIB bagi kanak-kanak

Ibubapa di perancis diwajibkan oleh kerajaan mereka untuk pemberian vaksin bagi melindungi daripada 11 penyakit berjangkit bermula daripada tahun hadapan

Rancangan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Perancis iaitu Edouard Philipp ketika di dalam parlimen hari ini, lapor Le Figaro 

Pada bulan lepas, Menteri kesihatan Perancis iaitu Agnes Buzyn ada menyatakan perancangan mereka dalam mewajibkan penggunaan vaksin tersebut. Ini kerana daripada tahun 2008 ke 2016, telah terdapat sebanyak 24,000 kes measles yang berlaku dan 10 daripadanya menyebabkan kematian. Ini menyebabkan pihak mereka mengambil berat terhadap perkara ini.

“Pada hari ini, hanya pemberian vaksin yang mengelakkan 3 penyakit(Diptheria tetanus, polio) sahaja yang diwajibkan. Ini akan mendedahkan masalah kesihatan kepada masyarakat jika tiada perancangan,” Kata Buzyn.

“Hari ini juga, dalam perancis, penyakit measles telah wujud semula. Kita tidak boleh bertoleransi lagi apabila 10 kanak-kanak telah mati sejak 2008 disebabkan measles. Disebabkan vaksin untuk mengelakkan measles ini tidak diwajibkan, maka hanya 75 peratus daripada kanak-kanak di perancis mengambil vaksin tersebut sedangkan untuk mengelak wabak besar daripada berlaku sepatutnya jumlah liputan kanak-kanak yang divaksin adalah 95 peratus. Kita juga ada masalah yang sama dengan meningitis(jangkitan kuman pada selaput otak).” kata Buzyn lagi

Di dalam satu kajian pada 65,819 orang yang melibatkan 67 negara pada tahun lepas, Perancis adalah negara yang paling ramai mempunyai rakyat yang skeptik tentang keselamatan vaksin. Survey itu mendapati 41 peratus daripada responden di Perancis tidak bersetuju dengan kenyataan ” Vaksin adalah selamat”.

Ketakutan pada vaksin menjadi teruk pada tahun 1998 apabila, Dr Andrew Wakefield menghasilkan satu kajian yang tidak beretika. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam journal The Lancet pada tahun 1998 dan telah mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia. Dia menyatakan wujudnya kaitan di antara vaksin measles, mumps dan rubella(MMR) dengan penyakit autism pada kanak-kanak. Selepas daripada penguguman tersebut, masyarakat dunia menjadi skeptik dan risau apabila pemberian vaksin MMR diberikan pada anak mereka.

Pada hari ini, kajian yang menyeluruh telah dibuat pada vaksin dan mendapat ia bukan penyebab kepada penyakit Autism yang ditakuti sebelum ini.

Dr Andrew Wakefield telah pun ditarik lesennya sebagai doktor di UK selepas disahkan bersalah dan tidak beretika ketika mana kajian itu dijalankan dan kajiannya telah pun ditarik balik oleh journal The Lancet.

Sumber: http://ift.tt/2srZ0YF


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.