Umum

Jumpa ‘BUNGA’ Aneh. Selepas Disentuh ‘BUNGA’ Ini Terbang !!!

Jumpa ‘BUNGA’ Aneh. Selepas Disentuh ‘BUNGA’ Ini Terbang !!! | Pada suatu hari, seorang lelaki bersama-sama dengan rakannya telah menjalankan aktiviti ‘jungle-trekking’ di sebuah hutan tropika. Sedang mereka berjalan-jalan, mereka telah menemui satu bunga aneh berwarna putih.

Penemuan itu begitu mencuri perhatian mereka yang belum pernah melihat bunga seaneh itu. Atas sifat ingin tahu yang tinggi, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk melihat bunga tersebut dengan lebih dekat dan menyentuhnya.

Lebih mengejutkan, sebaik bunga pelik tersebut disentuh, ia mula bergerak dan membuatkan lelaki tersebut terkejut lalu memanggil rakannya. Lama-kelamaan, bunga yang masih bergerak-gerak itu mula mendedahkan dirinya.

Kepalanya mula muncul dan apabila melihat terdapat dua lelaki berdiri dekat di hadapannya, bunga tersebut terus terbang dan melarikan diri.

Siapa sangka bunga bergerak tersebut sebenarnya adalah seekor burung. Mereka kemudian mula mencari maklumat burung tersebut di internet dan mendapati burung tersebut dikenali sebagai ‘Lyrebird’.

Burung Lyrebird jantan yang sudah dewasa mempunyai bulu pelepah berwarna perang tua pada bahagian atasnya manakala belakangnya pula berwarna kelabu keperang-perangan. Bahagian bawah badan burung ini pula berwarna pucat dan sedikit kelabu.

Ekornya pula berukuran 50-60 sentimeter panjang dinamakan sebagai ‘lyrates’. Keseluruhannya, burung ini mempunyai tujuh pasang bulu pelepah dengan bahagian tengah yang lebih panjang dari yang lain.

Bunyi yang dihasilkan oleh Lyrebird pula sangat unik dan kedengaran seperti bunyi enjin kereta, nyalakan anjing dan macam-macam lagi. Ia juga boleh menghasilkan bunyi yang kuat, nyaring dan lantang seperti bunyi loceng.

Lyrebird menjadikan hutan hujan tropika yang lembap sebagai habitatnya seperti di Tasmania, Australia. Burung Lyrebird memiliki sifat pemalu dan sukar mendedahkan dirinya. Di samping itu, Lyrebird jantan akan memastikan keselamatan kawasannya bagi menarik perhatian si betina. Mereka akan menari dan mendendangkan alunan bunyi merdu bagi mencuri perhatian Lyrebird betina.

Musim mengawan berlaku sekitar April sehingga Oktober dan juga dari bulan Mei sehingga Ogos di kawasan utara. Lyrebird jantan kemudiannya akan membina sarang dengan menggunakan dedaun dan ranting kayu.

Telur burung Lyrebird pula berwarna ungu dan kelabu selain memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu untuk dieram. Selepas enam ke 10 minggu menetas, anak burung Lyrebird akan meninggalkan sarang tetapi masih bergantung kepada si ibu bagi tempoh tujuh hingga lapan bulans seterusnya.

Menarik kan burung ini? Jangan lupa ‘share’ jika anda sukakannya!

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

The post Jumpa ‘BUNGA’ Aneh. Selepas Disentuh ‘BUNGA’ Ini Terbang !!! appeared first on HARIAN METRONI.



Sumber: harianmetroni


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.