Umum

GEMPAR !! Ini Yg TERJADI Bila Remaja Sangka Ada Kuasa Penebat Elektrik Pegang Wayar 11,000 Voltan !!!

GEMPAR !! Ini Yg TERJADI Bila Remaja Sangka Ada Kuasa Penebat Elektrik Pegang Wayar 11,000 Voltan !!! | Apa yang dapat anda bayangkan sekiranya tenaga elektrik sehingga mencecah 11,000 voltan melalui badan anda? Jawapannya pasti maut dengan serta-merta!

Manusia biasa tidak mempunyai sebarang kuasa dalam menahan tenaga setinggi itu. Tetapi bagi remaja lelaki India yang berusia 16 tahun ini, tenaga elektrik 11,000 voltan tersebut dianggap sebagai ‘alat permainan’ sahaja.

Deepak Jangra berasal dari satu perkampungan kecil di India Utara dipercayai mempunyai kuasa dalam menebat tenaga elektrik tanpa mendapat sebarang kesan kejutan atau renjatan.

“Saya mendapat penganugerahan dari Tuhan. Saya rasa sangat bertuah. Saya mempunyai kuasa yang tidak dimiliki oleh sembarangan orang, jadi saya tidak akan mempersiakannya”.

Deepak dikatakan mula menemui kuasa yang ada pada dirinya ketika sedang membaiki alat pemanas di rumahnya. Sewaktu membaiki alat pemanas tersebut, Deepak berjaya mengenal pasti punca sebenar kerosakan iaitu pada pemasangan wayar elektrik.

Dia kemudian secara tidak sengaja telah menyentuh wayar berkenaan dengan pemutar skru tetapi tidak mendapat sebarang kejutan elektrik. Bermula insiden tersebut, Deepak mula menganggap dirinya mempunyai kuasa yang istimewa.

Dua minggu selepas menemui kebolehnnya itu, Deepak sekali lagi menyentuh wayar hidup alat pemain DVD tetapi sekali lagi, tiada apa yang berlaku kepadanya. Membuak dengan perasaan ingin tahu, Deepak terus cuba bereksperimentasi dengan pelbagai barangan elektrik.

Dia menyentuh mentol lampu, wayar TV, alat pemotong kayu elektrik, pam air elektrik dan sebagainya tetapi dia tetap tidak merasakan sebarang aliran elektrik walau sedikit pun.

“Sebelum ini, saya memang takutkan elektrik tetapi kini tidak lagi. Saya lebih yakin setelah menguji keupayaan saya berkali-kali dan saya percaya saya tidak akan terkena renjatan elektrik. Malah, saya boleh menyentuh wayar elektrik dengan lidah saya”.

“Saya boleh bertahan dengan 110 voltan, 240 voltan, 440 voltan dan akan terus cuba uji keupayaan saya. Saya ingin tahu tahap maksimum kuasa elektrik yang mampu dicapai”.

Terdapat pelbagai risiko terhadap manusia sekiranya terkena renjatan elektrik. Antaranya boleh mengakibatkan kecederaan parah kepada jantung, otak dan juga otot. Menurut statistik terkini, setiap tahun terdapat 2.5 juta manusia di United Kingdom yang mengalami kecederaan akibat renjatan elektrik.

Dengan fakta ini, kita boleh simpulkan bahawa sesiapa yang cuba meniru perbuatan Deepak pastinya boleh mengalami kecederaan yang serius sehingga membawa maut.

Akan tetapi, Deepak ternyata tidak gentar dan sentiasa ingin mencabar keupayaan dirinya ke tahap maksimum. Aksinya yang paling menakjubkan adalah apabila dia cuba memanjat tiang elektrik.

Tambah ‘budak elektrik’ ini, dia ingin menguji kemampuannya dalam menandingi 11,000 voltan elektrik yang menjana kuasa di seluruh kampungnya.

Sebaik sahaja dia memanjat tiang elektrik tersebut, orang ramai mula mengerumuni kawasan tersebut. Ada yang berpendapat Deepak telah hilang akal. Ibunya juga panik setelah mengetahui Deepak sedang memanjat tiang elektrik tersebut dan menyangkakan anaknya cuba membunuh diri.

Sebaik berjaya menyentuh wayar elektrik berkuasa 11,000 voltan tanpa mendapat sebarang kecederaan, Deepak terus menjadi terkenal di kampungnya. Orang ramai mula mempercayai kuasa yang dimilikinya dan hal ini membuatkan Deepak ingin kongsikan kuasa dan bakatnya dengan masyarakat sekeliling.

Deepak mula membantu orang ramai dengan menyediakan perkhidmatan membaiki barangan elektrik dan tidak mengenakan sebarang bayaran. Hal ini kerana dia percaya kuasa yang diberikan kepadanya wajar digunakan ke arah kebaikan.

“Saya membaiki barangan elektrik tersebut tanpa menggunakan playar atau peralatan lain dan saya tidak kenakan sebarang caj”.

Deepak yang masih menuntut di sekolah menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadi pengurus syarikat elektrik di India pada suatu hari nanti.

Ibu Deepak dikatakan pernah membawa anaknya untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut mengenai kuasa yang dimiliki tetapi para doktor tidak menemui sebarang perkara yang luar biasa pada dirinya.

Walaupun punca sebenar kuasa yang dimiliki oleh Deepak masih menjadi tanda tanya, Deepak tetap dengan keputusannya untuk membantu keluarga dan masyarakat kampung dengan kuasanya. Dia juga berharap agar dapat menyara ibunya, Khajani Devi, 35 tahun dan dua lagi adik lelakinya, Sushil, 18 tahun dan Sunil, 12 tahun.

Kagum dengan kelebihan Deepak? Kongsikannya di Facebook dan berikan komen anda mengenainya.

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!!
P.S. 2 – Pelik Perut Ikan Jerung Membesar..Apa Sebenarnya Dalam Perut Pastinya Buat Anda Semua Terkejut !!!
P.S. 3 – Yang Ada Adik Beradik..! Mohon Baca Ni..!! Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!
P.S. 4 – Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Yang Ramai Tak Tahu.. Kongsikan Pada Rakan-Rakan Anda Untuk Kebaikan Bersama..
P.S. 5 – Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya…

The post GEMPAR !! Ini Yg TERJADI Bila Remaja Sangka Ada Kuasa Penebat Elektrik Pegang Wayar 11,000 Voltan !!! appeared first on BISKUTMANIS.



Sumber: biskutmanis


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.