Sensasi

Gambar : Pemandu Wanita Terbabas Di Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS )

Alor Gajah: Seorang pemandu wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di KM 200.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pagi tadi.

Mangsa, Khoo Swee Lan, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah mertuanya di Bukit Beruang selepas bercuti bersama sekumpulan rakan di Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, sebaik tiba di tempat kejadian, Proton Saga FL yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kiri jalan sehingga menyebabkan mangsa tercampak keluar dari keretanya yang terbalik.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd. Sham Abdullah mengesahkan kejadian terbabit dan kes masih lagi disiasat.

Mangsa katanya, ditemui 30 meter dari kenderaannya yang terbalik dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Menurutnya, keluarga mangsa telah dihubungi untuk menuntut jenazah mangsa yang dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

The post Gambar : Pemandu Wanita Terbabas Di Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.