Baru-baru ni heboh pasal restoran di Korea Selatan yang dikatakan menjadi restoran pilihan rakyat Malaysia apabila ke sana.
Seorang wanita yang dikenali sebaga Bella Azemi telah mendedahkan tentang restoran tersebut di mana restoran berkenaan ada menyediakan makanan yang tidak halal yakni daging khinzir.
Bella juga menyeru agar masyarakat Islam, agar tidak lagi makan di restoran tersebut.
Namun pendedahan itu nampaknya tidak dipersetujui sebilangan masyarakat yang pernah berkunjung atau sedang menetap di Korea.
Seorang pelajar, Amirussalam Aswadi telah memuat naik satu status Facebook menulis, dia menggunakan konsep Rukhsah (kemudahan atau keinginan yang diberikan atas beberapa alasan tertentu).
Pelajar tersebut juga memberi alasan mereka tidak punya banyak pilihan makanan, kerana sukar mencari makanan halal.
Pihak Astro Awani telah menghubungi seorang penceramah bebas, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre untuk mendapatkan penjelasan berkaitan konsep rukhsah.
Menurut ustaz, konsep rukhsah sepatutnya diamalkan dalam keadaan yang betul-betul darurat.
“Dalam situasi pelajar di sana, mereka masih ada pilihan lain dan bukan berada dalam keadaan darurat.
“Mereka perlu berusaha untuk mencari pilihan lain terlebih dahulu, sebelum memilih untuk mengambil pendekatan rukhsah,” katanya.
Dalam masa yang sama, Syed Abdul Kadir meminta umat Islam di sana merujuk jabatan agama Islam di negara terbabit terlebih dahulu, untuk mendapatkan status makanan dan restoran halal yang lebih terperinci.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :