Sensasi

China: Bapa Membuka Baju Anak Sehingga Bogel Dan Ditarik Di Jalan Raya Sebagai Hukuman

Di sini kita berfikir bahawa merotan adalah buruk, seorang bapa di China menghukum anaknya yang berusia 12 tahun dengan membogelkannya, lalu mengikat tangannya dengan tali ke motosikal dan mengheretnya di jalanraya di Yunnan, Beijing pada Jumaat lepas, 30 Jun kerana mencuri wang dari keluarga.

Rakaman video mereka yang ditangkap oleh pejalan kaki yang marah telah menjadi viral kerana kanak-kanak itu dapat dilihat mempunyai luka dan lebam di seluruh badannya. Dia juga bergetar disebabkan oleh kesejukan dari hujan.

Orang ramai yang marah memerintahkan bapa untuk membuka jaketnya dan memberikannya kepada anaknya, yang dilakukannya tetapi anak lelaki itu menjadi gelisah dan menolak jaket itu untuk mengembalikan jaket itu kepada bapanya. Lalu, anak lelaki itu berteriak kepada orang ramai untuk berhenti bercakap.

Bapa itu mempertahankan tindakannya, dia dipetik telah mengatakan bahawa dia menghukum anak itu kerana mencuri 100 yuan (~RM63) dari keluarga mereka, dan menghabiskan duit itu untuk bermain di luar dan juga ponteng sekolah sehingga malam.

SCMP memetik laporan dari portal berita tempatan Yunnan.cn, sambil menambah bahawa bapa itu mengaku sering memukul anaknya kerana ‘terlalu nakal’.

Bapanya, yang dilaporkan menjadi pekerja migran dari wilayah Guizhou, kemudian melepaskan anaknya dan duduk di motorsikal sebelum mula menunggang. Pegawai polis tiba di tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Video itu mencetuskan kemarahan di seluruh dunia kerana ia telah menjadi viral dan ramai yang telah menentang cara ayahnya mendisiplinkan anaknya dan memberi hukuman.

Apakah pendapat anda? Adakah anda fikir ini hukuman yang betul? Beri tahu kami dalam komen-komen di bawah.

(Sumber: South China Morning Post / The Star)

 

 

 

 

See also:

The post China: Bapa Membuka Baju Anak Sehingga Bogel Dan Ditarik Di Jalan Raya Sebagai Hukuman appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.