RootOfSience

Adakah kita senang untuk ditipu? Ya. Kebanyakkan kita senang ditipu

Masa kini pelbagai penipuan yang dilakukan di dalam masyarakat kita untuk mengaut keuntungan. Daripada skim rumah yang tidak kunjung tiba hinggalah kepada produk kesihatan. Dan masyarakat kita seringkali terpedaya dengan mereka yang melakukan penipuan tersebut. Bukan sekali ataupun dua kali. Malah berkali-kali mempercayai pada mereka yang suka mengambil kesempatan di luar sana.

Disini kami ingin menggariskan beberapa ciri-ciri penipu yang kami dapat daripada video yang kami kongsikan pada bahagian akhir artikel kami.

1) ‘Halo effect’: Nampak seperti orang yang baik (Muka nampak bercahaya)

Orang tersebut akan berpakaian dengan pakaian yang kemas dan bersih. Keadaan ini akan mewujudkan satu kesan yang dinamakan sebagai ‘Halo effect’ iaitu orang itu dilihat sebagai orang yang suci dan baik-baik.

Jika dalam masyarakat melayu kita ada yang suka memakai pakaian keagamaan untuk dilihat sebagai orang jujur dan beragama. Takkanlah orang berkopiah nak menipu kan. Tetapi hakikatnya di Malaysia ini ramai daripada scammer yang suka berperwatakan agama(Muka macam orang beriman). Sebagai contohnya skim rumah yang sebelum ini TOP dan sampai sekarang rumah itu tidak kelihatan. Yang mempeloporinya pula digelarkan sebagai Ustaz.

Disini bukanlah kami mencela orang yang berpakaian sedemikian. Kami hanya ingin menegaskan bahawa penipu akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapat kepercayaan orang yang ingin ditipu. Sebab itu dalam apa keadaan sekalipun wajib untuk berhati-hati

2) ‘Expert Bias’: Mengaku sebagai pakar

Kebanyakkan mereka yang ingin menjual produk ataupun melakukan skim penipuan selalunya akan mengaku sebagai pakar walaupun tiada siapa yang mengiktirafnya. Sebagai contoh penggunaan gelaran ‘Health Consultant’ yang selalu digunakan oleh penjual produk terutamanya produk kesihatan. Bila ditanya dimana dia dapat gelaran ‘Health Consultant’ ataupun pakar kesihatan tersebut, sudah tentu dia tidak akan dapat menjawabnya ataupun gelaran itu diberikan oleh syarikat produk itu sendiri.

Malah cara bercerita mereka itu pun akan kelihatan seperti seorang pakar. Perkara ini akan membuatkan sesorang itu mudah percaya kepada penipuan yang sedang dilakukan. Oleh itu, bila berhadapan dengan perkara ini perlunya untuk kita mendapatkan nasihat daripada pakar yang sebenar dalam bahagian tersebut. Jika ia menjual barangan kesihatan, maka perlu merujuk doktor perubatan

3) ‘Artificial Scarcity’: Mewujudkan perasaan yang barang ataupun tawaran tersebut sangat jarang dijumpai dan ia diwujud-wujudkan oleh penipu

Selalunya mereka akan menunjukkan bahawa barang yang mereka jual itu sangat jarang untuk dijumpai ataupun sangat jarang dijual di kedai biasa. Sebagai contoh krim muka yang dapat memutihkan muka dalam satu hari. Sudah tentu orang kita terutamanya orang perempuan akan rambang mata. Ditambah lagi dengan promosi beli dua dapat satu lagi sudah tentu ramai yang teruja untuk membeli barang tersebut

Jika nafsu anda terpengaruh dengan tawaran tersebut, berhenti dan berfikir dahulu. Adakah ia benar-benar berbaloi bagi anda ataupun ada kemungkinan berlakunya penipuan pada ketika itu.

Jika terdetik rasa syak, maka tinggalkanlah perkara tersebut sehingga ia benar-benar dapat dibuktikan kebenarannya.

Selain daripada tips ini banyak lagi tips-tips lain yang boleh kita dapat daripada pembacaan diluar sana.

Boleh lihat video dibawah bagaimana batu yang diambil ditempat letak kerata boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan dengan cara penipuan:


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.