RootOfSience

Kes T Nhaveen: Video porno pencetus kepada liwat dan pembunuhan mangsa

Minggu lepas negara dikejutkan dengan kematian seorang pelajar lepasan SPM. T Nhaveen, 18 tahun telah mengalami kecederaan yang teruk berserta diliwat secara kejam oleh rakan-rakannya. Kawan yang cuba menolongnya pada ketika itu melihat T Nhaveen telah diliwat denga menggunakan botol dan juga kayu.

Hasil siasatan doktor juga mendapati dubur Nhaveen cedera teruk disebabkan tusukan objek tumpul.

Bagaimanakah seorang manusia sanggup dan terfikir untuk melakukan perkara itu? Menusuk sesuatu yang tumpul ke dalam dubur si mangsa hanya untuk menyiksanya. Perkara tersebut melibatkan tindakan ganas dan juga penderaan seksual terhadap si mangsa.

Apakah punca kepada keganasan ini?

Seseorang manusia tidak akan berbuat sesuatu diluar tabienya jika ia tidak selalu didedahkan kepada perkara tersebut. Maksudnya dia telah nampak, belajar dan mengetahui perkara tersebut secara berulang-ulang, barulah dia mempraktikkannya kepada orang lain.

Dan sumber kepada perkara tersebut hanyalah satu iaitu video porno. Kenapa video porno? sebab majoriti video porno akan menunjukkan aksi yang aggresif ketika melakukan seks. Sama ada mengeluarkan kat-kata yang kesat, menampar-nampar pasangannya, memukul, mencekik dan beberapa lagi perbuatan aggresif yang lain. Reaksi pasangannya pula sama ada bersifat neutral maksudnya tidak marah serta membalas balik ataupun pasangannya itu merasa seronok apabila dibuat sedemikian rupa.

Ini memberi gambaran kepada mereka yang melihat video tersebut bahawa segala perbuatan dalam video itu adalah suatu yang normal. Pukul, tampar, cekik, liwat dan sebagainya adalah perkara yang normal sama ada dibuat pada kaum lelaki ataupun wanita.

Perkara ini tidak lain dan tidak bukan ia bermula disebabkan ketagihan melihat porno itu sendiri. Bila selalu melihatnya, semua aksi-aksi yang ganas itu merasa normal bagi mereka. Malah mereka merasakan perkara itulah yang perlu dibuat bila bersama dengan pasangannya nanti.

Dalam kes T Nhaveen, pembuli merasakan perbuatan meliwat dan memukul Nhaveen itu adalah perkara biasa. Tiada apa salahnya. Kerana apa? Kerana mereka sudah selalu melihat perkara-perkara tersebut di dalam video porno.

Ketagihan Porno

“ pornografi menjanjikan keseronokan dan kepuasan, tetapi apa yang penggemar porno dapat adalah ketagihan. ”- Norman Doidge, MD, The Brain That Changes Itself.

Hormone yang terlibat dalam ketagihan porno ini adalah dopamine

Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.

Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.

Tetapi penghasilan dopamine dalam jumlah yang banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan PORNOGRAFI lakukan terhadap otak kita.

Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.

Dan tidak seperti hubungan seks yang sihat dengan orang yang sebenar, pornografi hanya menawarkan imej hyper-sexual yang tiada penghujung. Keadaan ini menyebabkan otak di’banjiri’ dengan dopamine yang sangat tinggi setiap kali bertukar dari satu imej ke imej yang lain.

Selalu melihat porno akan membuatkan seseorang itu ingin melihat video yang lebih aggresif dan eksotik

Masalah berpunca apbila otak bertindak balas terhadap kehadiran dopamine yang tinggi. Disebabkan jumlah dopamine yang meningkat secara mendadak, Otak akan memberi isyarat(signal) untuk menutup tapak(receptor) dopamine

Untuk mudah faham, Dopamine Receptor ini seumpama tapak pendaratan bagi dopamine. Dopamine seperti helicopter yang didalamnya ada bekalan, ia perlu mendarat terlebih dahulu baru fungsinya dapat digunakan.

Jadi dalam hal ini untuk memastikan penggunaan dopamine hanya pada tahap normal sahaja, otak akan bertindak memberi isyarat untuk menutup dopamine receptor bila mana menerima kehadiran dopamine yang terlalu tinggi.

Kesannya, porno yang asalnya memberi kesan yang mengujakan menyebabkan penonton porno merasa biasa. Mereka tidak cukup terangsang dengan pornografi yang biasa. Penggemar porno perlu mendapatkan pornogarfi yang lebih eksotik dan ekstrem.

Ini bertujuan merangsang penghasilan dopamine yang lebih tinggi bagi mengekalkan perasaan keterujaan ketika menonton pornografi. Disebabkan perkara tersebut mereka akan memilih video porno yang mempunyai aksi-aksi yang ganas dan aggresif supaya perasaan keterujaan itu meningkat.

Ketagihan porno membawa kepada tindakan aggresif

Disebabkan kerapnya melihat aksi-aksi ganas, maka mereka melihat perbuatan ganas tersebut adalah suatu yang normal bagi mereka dan membuatnya pada orang lain adalah sesuatu yang tidak salah.

Yang menjadi mangsa adalah individu-individu di dalam masyarakat seperti T Nhaveen. Ia dipukul tanpa belas kasihan dan duburnya dimasukkan objek tumpul seolah-olah orang yang menyiksanya tidak mempunyai hati dan perasaan.

Perkara ini nampak kecil, tetapi inilah yang akan membentuk pemikiran masyarakat kita. Sama ada menjadi masyarakat yang rosak ataupun yang terbina.

Akhir sekali, kami bersimpati kepada ahli keluarga T Nhaveen dan berharap mereka bersabar atas pemergian mangsa

Sumber:
AJ Bridges et al. Aggression and Sexual Behavior in Best-Selling Pornography Videos: A Content Analysis Update. Violence Against Women 16 (10), 1065-1085. 10 2010
Doidge, N. (2007). The Brain That Changes Itself. New York: Penguin Books,
107.
Holden, C. (2001). Behavioral Addictions: Do They Exist? Science 294: 980.
Hilton, D. L. (2013). Pornography Addiction—A Supranormal Stimulus
Considered in the Context of Neuroplasticity. Socioaffective Neuroscience & Psychology
3:20767
Hilton, D. L., and Watts, C. (2011). Pornography Addiction: A Neuroscience
Perspective.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.