Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Dedah Perkara Sebenar, Dua Kali Tolak Surat Rujukan..Bil Pula Dibayar Oleh..
Doktor klinik yang pernah merawat Zulfarhan Osman Zulkarnain tealh diambil kenyataannya.
Pegawai perubatan itu memberitahu pernah dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans tetapi enggan diterima oleh pesakit.
Surat rujukan itu ditawarkan apabila Zulfarhan datang kali pertama.
Pada kali kedua ketika dia datang membuat rawatan cuci luka kali kedua 5 hari kemudian, sekali lagi referal letter ditawarkan untuk ke hospital namun ditolak.
Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.
Melalui laporan dari portal MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.
Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan dan dakwa terkena letupan.
Zulfarhan telah meminta bantuan doktor berkenaan untuk mencuci lukannya (buat dressing) bagi memudahkan pergerakan ke hospital.
Apabila ditanya, mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.
Pegawai perubatan di klinik itu tiada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.
Doktor juga mahu menghubungi keluarganya tetapi dilarang Zulfarhan atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.
Arwah tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.
Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.
Dalam pada yang lain, kesemua bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh rakan-rakannya.
Sumber: beritamemey
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :