Umum

Biasa Makan Berdua. Selepas Anjing Seekor Lagi Mati Apa Yg Anjing Ini Lakukan Buat Pemiliknya SEBAK !!!

Biasa Makan Berdua. Selepas Anjing Seekor Lagi Mati Apa Yg Anjing Ini Lakukan Buat Pemiliknya SEBAK !!! |Kisah ini ternyata membuktikan anjing bukan hanya setia pada tuan mereka tetapi juga sangat setia dengan peneman atau rakan baik mereka.

Baru-baru ini seorang lelaki bernama Easton Dufur kongsi kisah menyentuh hati tentang dua ekor anjing Labrador miliknya yang diberi nama Stitch dan Cookie. Easton berkongsi kisah itu di akaun Twitter dan orang ramai nyata tersentuh dengan ceritanya itu.

Inilah Stitch..

…daaannn Cookie!

Melalui tweet itu, Easton berkata,

“Saya hanya sediakan satu mangkuk untuk kedua-dua anjing saya.”

“Anjing saya bernama Stitch melatih Cookie untuk hanya makan separuh daripada makanan di dalam mangkuk (berkongsi).

“Sejak Cookie masih kecil, dia sudah tahu untuk tinggalkan separuh makanan untuk Stitch.”

Malangnya, Stitch mati baru-baru ini meninggalkan Cookie tidak berteman.

“Ini kali pertama Cookie makan bersendirian. Semenjak Stitch pergi, saya kurangkan makanan yang diletakkan di dalam mangkuk Cookie makan.”

“Sebelum saya masuk bilik, saya periksa jika Cookie sudah habiskan makanannya. Saya dapati dia masih meninggalkan separuh daripada makanan itu untuk Stitch.”

Menurutnya lagi, kedua-dua anjing itu telah menjadi peneman setia antara satu sama lain selama lebih 10 tahun. Mereka sangat rapat sehinggakan mainan dan mangkuk makanan dikongsi tanpa bergaduh. Malangnya, Stitch yang berusia 13 tahun mati baru-baru ini kerana usia yang uzur.

“Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Cookie selalu kacaunya (Stitch) untuk ajak bermain dengannya dan mereka menjaga antara satu sama lain.

Selepas pemergian Stitch, Cookie menjadi murung kerana kehilangan rakan baiknya selama 10 tahun. Dia hanya pulih dari kesedihan selepas seminggu.

Kalau dah rapat dan tinggal bersama selama satu dekad, mesti susah Cookie nak hidup tanpa Stitch.

Kredit : Lobak Merah

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

The post Biasa Makan Berdua. Selepas Anjing Seekor Lagi Mati Apa Yg Anjing Ini Lakukan Buat Pemiliknya SEBAK !!! appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.