KUALA LUMPUR: Isteri pelakon veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan
iaitu Datin Hashimah Aksan, 64, meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi
tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.
Ia disahkan oleh Jalaluddin ketika dihubungi oleh BH Online, sebentar
tadi. "Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran
jantung.
Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.
"Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor
mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi.
"Jenazah sudah dibawa ke rumah dan akan dikebumikan selepas solat Zohor
di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," katanya.
Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan cahaya mata dan 14 cucu.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :