Umum

VIRAL Gambar Mufti Wilayah Tidak Memakai Topi Keledar. Ini KOMEN Ketua Pengarah JPJ Buat Ramai SETUJU !!!

VIRAL Gambar Mufti Wilayah Tidak Memakai Topi Keledar. Ini KOMEN Ketua Pengarah JPJ Buat Ramai SETUJU !!! | KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak perlu meminta maaf kerana membonceng motosikal tanpa menggunakan topi keledar, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Datuk Seri Nadzri Siron berkata, Zulkifli tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana terdapat pengecualian dalam isu pemakaian topi keledar apabila ia berkaitan dengan agama.

“Isu minta maaf tidak timbul sebenarnya, sebab akta kita beri pengecualian. Siapa yang pakai serban dan mereka yang ada kaitan dengan agama dibenarkan (tidak memakai topi keledar).

“Mungkin isu tersebut tersebar menyebabkan Zulkifli meminta maaf. Tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa kesalahan. Malah, kalau ada operasi dilakukan, kita boleh kecualikan,” katanya kepada FMT hari ini.

Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.

Menerusi kenyataan di Facebook, Zulkifli menjelaskan insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar sebentar tadi (semalam).”

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis kerana terperangkap di jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” kata Zulkifli.

Sumber : Free Malaysia Today

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

The post VIRAL Gambar Mufti Wilayah Tidak Memakai Topi Keledar. Ini KOMEN Ketua Pengarah JPJ Buat Ramai SETUJU !!! appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.