Seorang Pelajar Wanita Nampak Bayi Panjat Balkoni & Akhirnya JATUH Dari Tingkat Atas. Tindakan Pelajar Ini Dapat Pujian Netizen !!!| HENAN – CHINA. Bagaimana agaknya perasaan pejalan kaki atau orang ramai apabila menyedari seorang bayi memanjat balkoni atau tingkap dan menjerit ‘mama’? Shanghaiist mengatakan orang ramai hanya terpegun apabila seorang bayi bergayut di tingkap sebuah bangunan sambil menjerit memanggil ibunya.
Menerusi sebuah video yang dirakam CCTV, beberapa pejalan kaki hanya berdiri tegak manakala seorang pelajar sekolah berlari ke bahagian bawah bangunan dengan pantas. Beliau kemudian cuba meyambut bayi terbabit namun gagal apabila bayi berkenaan terjatuh ke atas sebuah motosikal.
Pelajar tersebut kemudian mengangkat mangsa dan memeriksa kecederaan yang dialaminya sebelum bayi berkenaan dibawa ke hospital. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian kagum kerana bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan parah akibat kejadian tersebut.
Rakaman CCTV yang tular menarik perhatian pelayar laman sosial Weibo untuk memuji tindakan pantas pelajar berkenaan. “Walaupun dia gagal menyambut mangsa, tetapi saya tetap puji kerana kebaikan dan keberanian dia!” kata seorang pelayar.
Sumber:SinarHarian
The post Seorang Pelajar Wanita Nampak Bayi Panjat Balkoni & Akhirnya JATUH Dari Tingkat Atas. Tindakan Pelajar Ini Dapat Pujian Netizen !!! appeared first on SIAKAP KELL.
Sumber: siakapkell
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :