Sensasi

“Sahabat Saya Dibuli Kerana Tidak Pandai Bertutur Dalam Bahasa Cina”

“Kawan saya yang belajar di [sebuah kolej di KL] juga telah mendedahkan kepada saya bahawa dia telah dibuli oleh rakan-rakan di kolej. Sebabnya ialah ‘ kerana dia tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina. Dia dia berpendidikan dalam bahasa Inggeris, itulah sebab mengapa dia dikira sebagai ‘banana’. 99 % pelajar [kolej itu] adalah tegar berbahasa Cina. Kawan saya juga memberitahu saya bahawa dia sering bersendirian dan tidak mempunyai kawan untuk membuat tugasan berkumpulan, menyebabkan dia tidak pandai bercakap Cina dan bergaul dengan orang-orang disitu. Beliau tiada rakan-rakan untuk berbincang. Bayangkan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar bukan Cina yang lain, bagaimana mereka telah didiskriminasikan di kolej itu dan kolej lain-lain. Saya perhatikan banyak Cina Malaysia semakin taksub dengan Cina dan akan sering bertutur dalam bahasa Cina atau Mandarin walaupun ada yang tidak bercakap bahasa Cina di meja yang sama. Ia hanya menyedihkan dan kurang ajar,” tertera di status Facebook itu.

Ini adalah disebabkan oleh berita tentang seorang pelajar yang bunuh diri disebabkan oleh stres pelajaran, ianya juga disebabkan oleh kes ‘cyberbully’ dimana pelajar itu tidak pandai bercakap dalam bahasa Cina lalu dipersendakan oleh pelajar-pelajar yang lain.

Ramai yang berasa amat marah tentang topik ini, kerana tidak mahu dicampurkan dengan pembuli-pembuli…

Source: Facebook

Source: Facebook

Tetapi ramai juga ‘banana’ yang merasakan situasi ini tidak dapat dinafikan. Bagi orang Cina yang mengelilingi mereka, ‘banana’ selalu dipandang rendah dan sebagai ‘Cina celup’, walaupun berdarah Cina penuh.

Source: Facebook

Source: Facebook

Memang tidak ada niat untuk memarahi atau menyampurkan orang-orang yang pandai bertutur dalam bahasa Cina dengan mereka yang suka membuli, tetapi betul juga, ada yang dibuli tanpa sebab selain daripada ‘banana’ disalahfahami sebagai ‘Cina yang merasa dia lebih bagus daripada Cina yang berbahasa Cina’. Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia, ramai yang tidak pandai berbahasa bangsa mereka tetapi dituduh merasakan diri mereka lebih baik.

Tetapi bukan. Bukan itu niat mereka.

Sebenarnya, niat mengapa topik ini dibuka di Facebook adalah kerana mereka ingin mengajar supaya membuka minda dan jangan menghakimi mereka yang tidak pandai berbahasa bahasa bangsa sendiri, kerana kita semua rakyat Malaysia, dari negara yang sama.

Bagi mereka yang berbangsa India, perkataan yang digunakan untuk mereka yang tidak pandai berbahasa Tamil adalah ‘coconut’. Bagi bangsa Melayu pula, pada pengetahuan saya, tidak ada buah yang digunakan untuk mereka, tetapi mereka dipanggil ‘Melayu celup’.

The post “Sahabat Saya Dibuli Kerana Tidak Pandai Bertutur Dalam Bahasa Cina” appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.