Tindakan melampau apabila terdapat tokan dadah berani menampal poster iklan berkaitan penjualan syabu dan ganja secara terbuka di kawasan awam.
Memetik myMetro, iklan menawarkan dadah kepada orang ramai itu dikesan sengaja ditampal di dinding, papan tanda awam dan hentian bas di sekitar ibu kota sehingga menarik perhatian orang ramai.
Tindakan itu meresahkan orang ramai yang membaca iklan itu lengkap disertakan nombor telefon dan alamat individu perlu dihubungi jika berminat membeli dadah serta ganja.
Salah seorang pengadu, Mohd. Yunus Abdullah, 34, berkata, dia terkejut apabila mendapati iklan itu ditampal di hentian bas berhampiran Transit Aliran Ringan (LRT) Miharja.
Menurutnya, poster itu menyatakan individu yang mahu membeli ganja atau syabu boleh menghubungi nombor telefon individu dikenali sebagai Wong.
The post Iklan Jualan Syabu Di Hentian Bas? appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :