Scenario 1:
Seorang ibu datang ke klinik untuk pemeriksaan anaknya yang berumur 12 bulan. Bayi tersebut hanya minum susu ibu sejak lahir dan tidak diberikan makanan tambahan selepas berumur 6 bulan. Ibu tersebut turut bangga berkata sebab kerana minum susu ibu sahaja selama setahun, anaknya semakin putih seperti Uqasha Senrose walaupun ibubapanya berkulit gelap.
Scenario 2:
Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 12 bulan ke klinik kerana risau anaknya masih tidak dapat berpusing daripada posisi terlentang kepada meniarap(supine to prone, rollover) tapi bangga anaknya bulat dan berat badan bayi tersebut jauh lebih tinggi berbanding bayi2 lain yang sebaya. Hanya minum susu formula sejak lahir. Makanan tambahan selepas 6 bulan dia hanya makan sedikit sahaja dan tiada pengurangan kuantiti susu formula yang diberikan(no weaning)
Scenario 3:
Ibu datang dengan anaknya yang berumur 12 bulan tapi size badan macam 6 bulan. Bayi dilahirkan pra matang 2 bulan lebih awal daripada sepatutnya. Diberikan susu ibu sejak lahir dan masih menyusu susu ibu. Makanan tambahan hanyalah bubur sejak 6 bulan hingga sekarang.
Scenario 4:
Seorang bayi 12 bulan dibawa seorang penjaga(jiran) kanak2 tersebut. Penjaga tersebut risau kanak2 tersebut semakin kuat merengek dan tidak mahu minum susu. Beliau juga hanya tolong sebab kesian kerana ibu bapa bayi tersebut mempunyai anak yang ramai dan si kecil itu selalu terbiar. Berat badan bayi itu juga jauh lebih rendah berbanding bayi lain yang sebaya. Terdapat juga tanda2 lebam pada bayi itu yang tidak dapat diterangkan puncanya.
Kesemua kes2 yang diutarakan adalah kisah benar yang sering kali boleh ditemui dalam sistem kesihatan negara ini. Semua perkara itu berlaku kerana satu masalah.
Iron deficiency anemia ataupun kurang sel darah merah adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi(iron). Zat ini penting untuk menghasilkan hemoglobin(Hb), sejenis protein yang yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen dalam sel darah merah untuk kegunaan tubuh badan. Ianya merupakan masalah kekurangan zat nombor SATU didunia.
Punca2 utama kekurangan zat ini pada umur bawah satu tahun di Malaysia adalah kerana malnutrition(sumber diet tidak mencukupi) dan masalah kecacingan. Masalah cacing ini pula biasa dapat dilihat dalam keluarga socioeconomic rendah atau dalam kes2 neglect/abuse(mak bapak jenis tak kisah atau mendera kanak2 tersebut – scenario 4)
Zat ini mula diserap dan disimpan dengan banyak pada trimester ketiga kandungan, ketika masih dalam rahim si ibu dan cukup sebagai bekalan untuk 6 bulan selepas dilahirkan(6 months of extrauterine life). Sebab itu kanak2 yang dilahirkan pra matang mengalami risiko tidak mempunyai bekalan yang secukupnya sebab 80% daripada simpanan ini hanya diambil ketika menjelang penghujung trimester ketiga tersebut(scenario 3)
Proses penyerapan zat ini akan dibekalkan kepada organ liver(hati) dimana ia akan menggunakannya untuk pembentukan sel darah merah HbF(sel darah merah ketika masih dalam kandungan). Sejurus bayi tersebut ambil nafas buat pertama kali selepas lahir, bekalan2 tersebut akan berpindah dan melalui proses penghasilan sel darah merah baru(HbA) didalam sum sum tulang. Delayed cord clamping/DCC atau nama hipsternya ‘Lotus Birth’ sama sekali tidak memberi kesan kepada proses ini kerana 90% daripada bekalan zat besi tersebut adalah dalam bentuk pra matang untuk proses penghasilan darah baru(pre erythropoietic state) untuk bayi CUKUP bulan.
Zat besi ini turut juga penting untuk pelbagai proses lain untuk sel2 dalam tubuh badan. Yang paling sensitif terhadap kekurangan bekalan zat ini adalah sel darah merah(anemia) dan sistem saraf/otak bayi. Sebabnya zat ini diperlukan untuk proses penghasilan myelin, sejenis lapisan pada saraf yang penting untuk memastikan ianya berfungsi. Turut juga memainkan peranan dalam perkembangan otak(sel2 otak nak berhubung orang cakap tu)(scenario 2)
Apabila zat ini tidak mencukupi, sel darah merah yang dihasilkan akan berbentuk kecil dan pudar warnanya(hypochromic microcytic). Ini sekaligus membawa kesan terhadap fungsi sel tersebut membawa bekalan oksigen ke seluruh tubuh badan. Sebab itu mereka nampak pucat(pallor) atau kulit mereka kelihatan lebih putih drpd biasa(scenario 1). Scenario ini juga paling selalu dan COMMON sekali dijumpai terutamanya daripada golongan ibu2 yang mengamalkan EEBF(extended exclusive breastfeeding – menyusu exclusive selama 2 tahun atleast, tanpa memberikan makanan tambahan).
Antara tanda2 lain masalah ini juga adalah sentiasa merengek(fussy and irritable), perkembangan anak lambat, lambat naik berat badan, tiada selera makan dan pucat
Susu ibu mengandungi 0.5 mg zat besi untuk setiap 100ml susu ibu. Zat besi dalam susu ibu juga diserap dengan lebih baik(60%) berbanding susu formula(4%) kerana susu ibu turut mengandungi lactoferrin dan paras vitamin C yang membantu dalam penyerapan zat besi daripada usus bayi tersebut. Ianya turut menghalang pembiakan bakteria2 jahat dan nakal nakal nakal(bak kata Ayda Jebat) daripada bermaharajalela.
Akan tetapi selepas umur 6 bulan, keperluan zat besi bayi tersebut pada umur 7-12 bulan adalah 40 KALI GANDA berbanding pada 6 bulan sebelumnya. Ini adalah kerana bekalan yang mereka dapat(ketika masih dalam kandungan) sudah semakin habis dan apa yang mereka serap pada 6 bulan pertama drpd susu ibu adalah sedikit(kalau cukup bekalan ketika dalam kandungan, mereka serap lebih sedikit daripada susu ibu dalam usus). Sebab itu juga keperluan 6 bulan pertama hanyalah 0.27 mg setiap hari berbanding 11mg pada 6 bulan seterusnya. Sebagai kesimpulan, demand semakin tinggi dan bekalan semakin berkurangan. Sebab itu keperluan naik dengan mendadak.
Susu ibu memang bekalan terbaik sekali dan ianya AMAT PENTING. Selepas 6 bulan, bekalan zat ini melalui makanan tambahan juga AMAT PENTING. Sebab keperluan semakin bertambah(takkan nak menyusu 40 kali ganda lebih kerapkan?), makanan tambahan akan membekalkan sumber zat besi yang secukupnya. Jangan diberi benda mengarut pulak(junk food, high additives)(scenario 2).
Nanti ada pulak yang cakap, eh apa susah, sumbat jela supplement kat budak tu? Takpun mak telan dan ambil supplement iron sure dia masuk dalam susu ketika beri anak susu ibu!
Perkara ini tidak digalakkan kerana penyerapan dalam usus dalam supplement adalah tidak sebaik berbanding ianya datang daripada makanan. Malahan ianya akan memudaratkan sebab terdapat zat besi berlebihan(excess iron supply) dalam usus boleh menyebabkan bakteria2 jahat bermaharajalela tanpa kawalan. Pengambilan supplement oleh ibu pula tidak memainkan apa2 peranan sebabnya memang kandungan susu ibu hanya akan mengandungi zat tersebut pada paras yang tertentu. Sebab yang sama(excess iron promotes bacterial overgrowth). Satu lagi bukti kebesaran Allah SWT yang menciptakan manusia.
Sebab itu penilaian perkembangan, berat badan dan pengambilan makanan tambahan selepas umur 6 bulan adalah amat penting. Jangan nanti bila ada masalah, salahkan orang lain, parti politik atau vaksin sebagainya. Sila berjumpa dengan doktor berdekatan anda sekiranya tanda2 yang disebutkan ada pada anak2!
Sumber: RootOfSience
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :