Sensasi

Video Tular Kelahiran Anak Asyraf Khalid & Tya Ariffin

Menjadi tular di laman sosial sejak semalam satu video yang merakamkan saat-saat kelahiran anak sulung kepada anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Ariffin.

Tya melahirkan bayi lelaki seberat 4 kg kira-kira jam 4.33 petang Jumaat di sebuah hospital swasta di Ampang dekat ibu negara.

Menerusi video itu, dapat dilihat seluruh ahli keluarga pasangan popular itu berkumpul di dalam wad bersalin untuk menunggu kelahiran bayi lelaki itu.

Kelahiran Arif Jiwa disambut dengan laungan azan yang menenangkan, di samping suara Tya yang menangis selepas bersabung nyawa melahirkan anaknya itu.

Apa yang menyentuh hati kami lagi adalah Asyraf tidak meninggalkan sisi isterinya langsung, malah setia menanti di sebelah wanita itu sambil memegang tangannya.

Semasa Tya selamat melahirkan bayi lelakinya, Asyraf dilihat menitiskan air mata sambil menicum dahi isterinya yang tercinta.

Hati kami tak cukup sado untuk menahan babak sebak itu!

Rata-rata daripada netizen turut memberikan komen positif terhadap video yang bertajuk The Miracle of Birth (Keajaiban Kelahiran) itu.

“Winda Zaki: Alhamdulillah tahniah! Salute anak Dato K ketika laungkan azan 👍

“Mien Myasuki: Ketika si isteri tgh kesakitan..si suami melaungkan azan.. tahniah..moga ank Ashraf jd anak yg soleh nanti.”

“Rahimi Mi: Assalamualaikum..Semuanya..Tahniah!..Mi ucpkn kpd Dato’K & Dato Siti Nurhaliza kerana selamat dikurniakn cucu baru..Alhamdulillah..Semoga Allah Taala s’tiasa m’beri rahmat kpd kita semua & selamat hidup di dunia jua di akhirat..Amin Ya Rabbal Alamin..Semoga kita jumpa lagi..”

Ada juga netizen yang tidak melepaskan peluang untuk menceritakan pengalaman mereka melahirkan bayi di ruangan komen.

Sementara itu, ramai juga yang memuji Datuk Siti Nurhaliza kerana dianggap menghormati bekas isteri suaminya, Tengku Zawiyah sebagai ibu kandung Asyraf dengan memberikan ruang kepada wanita itu untuk memegang cucunya buat kali pertama.

“Ainaa Narzeeha Aminuddin: Kalau perasan. Masa last kt video ni.nampak Dato K pegang cucu dia. Keliling dia semua fmily dia. I dont know which was her prev wife. Tp rasa mesti ada situ.

Dan siti. Ada kt belakang. What I’m trying to say. Bagusnya Siti. Sgt prihatin. Bg ruang pd family tu utk rai saat bermakna tu. Memang depa satu family juga. Tp tu lah. Siti sangat bertimbang rasa. Dulu penah terbaca satu caption gambar kawen Siti, “puteri bangsa”.

Mungkin dia dah tengok, atau blm tgk baby tu. Takpa. Tak kisah lah. Tp itulah.

No wonder. Akhlak dia baik 🙂

If you know what I meant :).”

“Fateen Nadia Rasli: Sy pun perasan benda yg sama. Masa mula tngok video ni, di hjung2 video ni nampak dato’ siti sorang2 kat belakang. Respect dato siti.. 😊

Apa-apa pun, kami salute betul dengan Asyraf kerana begitu bertanggungjawab terhadap cahaya mata dan isterinya. Berhabuk mata kami menonton video ini!

The post Video Tular Kelahiran Anak Asyraf Khalid & Tya Ariffin appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.