Sensasi

Isi Kepala Lelaki Terburai Terjatuh Dari Tingkat 14 Di Cheras

Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis apabila isi otaknya terburai selepas dipercayai terjatuh dari sebuah apartment di Taman Bukit Mandarina, Cheras, awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai David William Cornish Underwood, 29, maut serta merta di tempat kejadian ekoran impak kuat yang menghancurkan sebahagian kepalanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.47 pagi memaklumkan terdapat orang jatuh dari apartmen berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi dapati mangsa telah meninggal dunia di tingkat satu bangunan terbabit dalam keadaan separuh badan tersangkut.

“Muka dan kepala mangsa pecah dipercayai jatuh dari tingkat 10 atau 14. Mayat mangsa dibawa turun dengan bantuan pihak bomba,” katanya memetik Sinar Harian.

Beliau berkata, semakan dokumen diri yang ditemui di poket seluarnya dapati mangsa berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun, siasatan awal dapati mangsa tinggal menyewa berseorangan di rumah kedai di Lake Field, Sungai Besi.

“Mayat mangsa telah dibawa pe Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya lagi.

The post Isi Kepala Lelaki Terburai Terjatuh Dari Tingkat 14 Di Cheras appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.