Sensasi

Ed Sheeran Bayar RM88 Juta Ciplak Lagu

Tidak mahu memanjangkan isu dakwaan menciplak lagu, penyanyi terkenal Ed Sheeran mengambil jalan penyelesaian dengan membayar sebanyak £16 juta (RM88 juta) kepada dua komposer yang mengheretnya ke mahkamah iaitu Martin Harrington dan Thomas Leonard.

Martin dan Thomas pada Jun tahun lalu telah memfailkan saman terhadap Ed yang dituduh telah meniru lagu ciptaan mereka berjudul Amazing yang mempunyai banyak persamaan dengan lagu hit Ed berjudul Photograph.

Amazing dicipta terlebih dahulu pada tahun 2012 dan dinyanyikan oleh pemenang program realiti X-Factor, Matt Cardle.

Manakala Photograph pula hanya muncul di pasaran pada tahun 2014 menerusi album pertama penyanyi berusia 26 tahun itu yang berjudul X.

Hakim Mahkamah California, Amerika Syarikat mengesahkan kedua-dua pihak sudah menyelesaikan hal itu di luar mahkamah dan kes tersebut diisytiharkan sudah selesai.

The post Ed Sheeran Bayar RM88 Juta Ciplak Lagu appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.