Ramai Wanita Ambil Mudah. 9 Faktor Luka Jahitan Caesarean Boleh Terbuka Semula !!!
| Biasaanya luka pembedahan caesarean akan sembuh dalam masa seminggu
apabila kulit pada bahagian luar bercantum. Walau pun sudah bercantum,
ia masih jahitan berpotensi untuk meretas sekiranya tidak dijaga dengan
baik. Luka pembedahan terbuka semula adalah sesuatu yang amat ditakuti
ibu-ibu yang melahirkan secara caeserean kerana ia tentunya menyakitkan
dan mendedahkannya kepada jangkitan kuman.
Kes
jahitan pembedahan caesarean meretas semula tidak banyak berlaku.
Nisbah kes adalah kira-kira 1:100 dalam kelahiran caesarean. Namun, bagi
ibu yang pernah melahirkan secara pembedahan caesarean risiko luka
pembedahan meretas adalah tinggi.
Lazimnya,
jahitan pada luka pembedahan caesarean terbuka semula akibat pelbagai
faktor. Ambil perhatian dan tingkatkan cara penjagaan. Apabila luka
pembedahan sembuh segera tanpa jangkitan, risiko untuknya terbuka semula
dapat dikurangkan. Antara faktor yang meningkatkan risiko jahitan luka
pembedahan caesarean terbuka semula ialah seperti berikut;
1.Jangkitan
kuman pada dalam luka. Ia selalunya disebabkan oleh kuman yang berasal
dari kulit kita sendiri atau dipanggil komensal. Risiko infeksi luka
pembedahan yang disebabkan oleh komensal ialah 1%.
2.Pembedahan caesarean yang dilakukan secara kecemasan (ELSCS).
3.Ibu
yang mengalami obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit
melambatkan proses penyembuhan kerana lipatan kulit yang menyebabkan
kawasan luka sentiasa lembap atau berpeluh menjadi media yang sesuai
untuk pembiakan kuman.
4.Ibu
yang mengalami anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kekurangan
oksigen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan.
5.Kurang
mengamalkan kebersihan diri seperti tidak mandi selepas pembedahan dan
tidak membersihkan kulit sekitar luka pembedahan. Ini menyebabkan
bahagian luka berpeluh dan berdaki.
6.Pemakanan
berpantang yang terlalu ketat tanpa mengambil makanan seimbang selepas
pembedahan dengan hanya makan nasi dan ikan tanpa sayur dan buah-buahan.
7.Kurang minum air selepas bersalin semasa berpantang menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.
8.Pergerakan
melibatkan regangan seperti menjemur pakaian atau pergerakan yang
meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti meneran yang kuat bila
sembelit, mengangkat barang berat dan batuk yang lama.
9.Tindakan
menyapu atau meletakkan minyak di atas luka pembedahan. Minyak tersebut
boleh menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria.
Awas,
sekiranya anda mendapati luka pembedahan anda meretas atau terbuka
semula! Segeralah mendapatkan rawatan ke hospital (sebaik-baiknya ialah
hospital di mana anda dibedah) atau klinik berhampiran.-MajalahPAMA
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :