Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!! | Sebagai
anak, kita harus mengingati bahawa ibu bapalah yang membesarkan kita
sejak lahir hingga dewasa. Jasa ibu bapa sememangnya tidak terhingga.
Namun, sekarang banyak berlaku kes di mana anak-anak yang tidak
mengenang budi ibu bapa sendiri. Bahkan, mereka sanggup lepas tangan dan
menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang tua.
Sebuah
rumah jagaan orang tua di East Dagon Township, Myanmar telah menerima
seorang warga emas perempuan, Tin Tin yang berusia 87 tahun. Kisah sedih
Tin Tin ini telah viral dan mendapat perhatian internet apabila ianya dilaporkan.
Coconuts
Yangon melaporkan kisah Tin Tin ini yang kesunyian dan diabaikan ahli
keluarganya sendiri. Ahli keluarga dan anak-anaknya sendiri yang
tergamak membiarkan Tin Tin tinggal di belakang rumah mereka.
Bagi
mengubat hatinya sunyi, Tin Tin telah menyimpan anak patung plastik.
Anak patung ini pergi bersama dengannya ke mana-mana sahaja pada setiap
masa.
“Ahli
keluarga Tin Tin mengatakan bahawa mereka tidak mampu untuk menjaganya
lagi dan meminta kami (pihak rumah jagaan) untuk membawa dia pergi. Tin
Tin sentiasa akur kepada kehendak orang lain sepanjang hidupnya dan
apabila diberitahu dia akan dibawa ke rumah jagaan, dia hanya pasrah”
lapor Coconuts Yangon lagi.
“Tin
Tin juga turut memberitahu staf kami bahawa dia tidak mampu bekerja
lagi. Kami jelaskan kepada beliau bahawa di sini, dia tidak perlu
menjaga sesiapa, bahkan sebaliknya kami yang akan menjaganya”
Sesiapa
sahaja yang sudah mencecah usia Tin Tin akan berasa takut untuk
berpindah ke tempat yang baru seorang diri. Namun beliau hanya merelakan
dirinya untuk pergi.
Hanya
satu pinta Tin Tin apabila staf-staf rumah jagaan itu sedang mengemas
barangnya untuk dibawa pergi – iaitu untuk membawa anak patungnya pergi
bersama. Tin Tin yang bimbang permintaannya itu tidak akan tercapai
sempat memujuk.
“Beliau bertanya sekiranya dia boleh bawa bersama anak patungnya. ‘Dia tidak perlu makan, dia hanya tersenyum sahaja” .
Bersinar-sinar
wajah Tin Tin kerana terlalu gembira apabila staf tersebut memberitahu
bahawa dia boleh membawa anak patungnya itu bersamanya.
Ramai pengguna media sosial telah memberi respons terhadap kisah warga emas ini dan meluahkan rasa kesal mereka.
“Saya
tidak percaya dia harus bergantung dengan anak patung untuk rasa kasih
sayang. Keluarga dia tidak bertanggungjawab langsung!”
Beberapa pihak juga turut berasa marah dengan tindakan keluarga Tin Tin menghantarnya ke rumah jagaan.
“Mereka tidak rasa bersyukur kerana ibu mereka masih hidup sehingga kini. Mereka masih diberi peluang untuk menjaga ibu mereka. Saya terkejut melihat jenis manusia yang sanggup mengabaikan ibu mereka begini.”
“Mereka tidak rasa bersyukur kerana ibu mereka masih hidup sehingga kini. Mereka masih diberi peluang untuk menjaga ibu mereka. Saya terkejut melihat jenis manusia yang sanggup mengabaikan ibu mereka begini.”
Ada
juga yang menginginkan penguatkuasaan undang-undang terhadap isu ini.
Seorang netizen berkata, “Sudah tiba masanya Myanmar menggubal
undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap golongan yang
mengabaikan ibu bapa sendiri.”
Dari
pihak kami, kami hanya gembira Tin Tin masih mempunyai teman di
sampingnya dan staf-staf rumah jagaan yang mampu menjaganya dengan lebih
baik berbanding ahli keluarganya sendiri kini.
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :