Pemain Rugbi POPULAR Dunia: Dulu Saya Budak Jahat, Tapi Allah Telah SELAMATKAN Saya !!! | Dibesarkan dalam suasana yang sukar, rumah kecil dan sempit mendorong pemain rugby terkemuka Sonny Bill Williams berazam untuk membelikan ibunya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti.
Impian
ini timbul selepas melihat bagaimana ibunya berhempas pulas mencari
wang. Pada waktu itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan
pengangkut barang.
Sewaktu
kecil saya dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar
Mount Albert. Rumah kami hanya ada 2 bilik yang mana satu bilik untuk
saya dan abang, dan bilik satu lagi untuk 2 adik beradik perempuan saya.
Ayah
dan ibu kami tidur di ruang tamu dan rumah kami tiada kertas dinding
(wall paper). Semua keluarga saya tinggal di sekitar sini dan sepupu
saya Eka merupakan orang yang sering menjaga kami di rumah. Eka
sebenarnya selalu keluar masuk penjara dan saya selalu rasa takut dengan
sepupu saya ini, ujar Sonny Bill.
Karier
Sonny bermula di Australia apabila beliau menyertai pasukan Bulldog.
Sonny kemudiannya menyertai All Blacks di New Zealand dan siapa sangka
kini beliau bakal beraksi di sukan Olimpik Rio bersama pasukan New
Zealand Sevens.
Meskipun
mengambil masa yang lama, Sonny kini telahpun berjaya memenuhi impian
untuk membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.
Pernah berhutang
“Sewaktu
berusia awal 20-an, pengurus saya pada ketika itu telah menyebabkan
saya terlibat dalam pelaburan yang teruk dan berhutang.
Pada
masa tu ramai yang menyangka saya telah berjaya mencapai impian saya di
Toulon. Hakikatnya saya perlu membayar NZD750,000 untuk bebas daripada
kontrak”.
“Tidak
pernah di dalam hidup saya impikan untuk berada di tahap ini kerana
satu ketika dulu saya adalah seorang remaja yang pernah bawa diri ke
Australia.
Ianya
satu rahmat buat saya untuk berada di samping isteri dan anak
kesayangan saya. Dulu saya bukanlah seorang yang baik dan pernah
melakukan perkara buruk tapi Allah sentiasa bersama saya” – Sonny.
Menjadi role model
Sonny
mula mendapat perhatian ramai apabila memberikan medal kemenangan
beliau kepada seorang peminat muda yang menyerbu ke arah beliau di
Twickenham pada tahun lepas.
“Isteri
saya berkata, jika diizinkan Allah saya pasti akan layak ke sukan
Olimpik dan memenangi medal lagi, dan kali ini ia akan menjadi milik
anak saya pula.
Pasukan
The Sevens benar-benar memberi nafas baru kepada diri saya. Adik
perempuan saya juga berada di dalam skuad New Zealand Sevens. Jadi ia
adalah sesuatu yang besar buat keluarga kami” – Sonny.
Makanan halal dan tuntutan agama
Sebagai
satu-satunya muslim di dalam pasukan Sevens dan XV, Sonny perlu
memikirkan cara bagi membolehkan beliau solat dan mengamalkan diet
berlandaskan Islam disebalik jadual latihan yang padat.
“Waktu
paling mengembirakan adalah bila saya menunaikan solat. Sewaktu travel
pula agama saya membenarkan 2 solat digabung menjadi satu dan ia
merupakan sesuatu yang indah dan memudahkan.
Mana
mungkin untuk saya tidak meluangkan 25 minit sahaja dalam sehari untuk
berterima kasih kepada tuhan? Bila dilihat kembali di mana saya satu
ketika dulu, saya rasa sangat bersyukur.
Chef
juga menyediakan makanan halal untuk saya. Adakala saya rasa malu bila
mereka terlalu menitik beratkan tentang ini. Saya hanya mahu diterima
dan menjadi sebahagian daripada pasukan, tapi di waktu yang sama saya
perlu menjaga keimanan dan tuntutan agama saya.
Jika
tiada daging halal, saya boleh ambil makanan laut. Jika makanan laut
pun tak ada, saya boleh makan bijirin atau minuman berkhasiat.
Hakikatnya ada insan lain yang hidupnya lebih teruk dan sukar daripada
saya” – Sonny.
Pada
tahun lepas Sonny pernah menerima banyak kritikan kerana telah
berkongsi gambar seorang kanak-kanak Syria yang telah meninggal di akaun
Twitter beliau yang memiliki lebih daripada 500,000 pengikut.
Gambar tersebut telah diambil sewaktu beliau menyertai lawatan sebagai duta UNICEF ke kem pelarian Syria di Lubnan.
Namun
Sonny mempertahankan tindakan beliau dengan alasan seharusnya lebih
ramai ahli sukan menggunakan profil mereka bagi meningkatkan kesedaran
tentang ketidak-adilan terhadap pelarian perang.
“Kekayaan
dunia hari ini dikuasai oleh 1% sahaja daripada seluruh populasi dan ia
menjijikkan. Ada sesuatu yang tak kena bila ada yang tidak mampu
menyara diri sendiri dan kanak-kanak pula hanya dapat bermain di tempat
pembuangan sampah.
Sedangkan
pada hakikatnya kita mungkin hanya perlukan 100 juta dolar untuk
menampung hidup dan selebihnya boleh diberikan kepada mereka yang
memerlukan” – Sonny.
Tatoo di badan
Mencacah
tatoo di badan merupakan sesuatu yang dilarang oleh Islam. Menurut
Sonny beliau tidak akan mencacah tatoo lingkaran Olimpik di mana-mana
bahagian tubuh beliau.
“Tiada
lagi tatoo tambahan. Tatoo yang ada di badan saya kini adalah tatoo
lama sewaktu di zaman gelap saya dahulu. Saya rasakan saya masih orang
yang sama tetapi memeluk Islam menjadikan jiwa saya lebih tenang dan
gembira. Susah untuk saya terangkan perasaan itu.
Dulu
saya seorang yang mudah stress, mudah marah bila bola terjatuh daripada
genggaman sewaktu latihan. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian,
keluar berparti dan minum hingga mabuk. Keesokan harinya saya
tercari-cari sesuatu kerana jiwa terasa kosong. Di situ saya temui Islam
adalah cara hidup yang sebenar” – Sonny.
Sukan Olimpik dan tinju
Bercakap
tentang impian ke sukan Olimpik, Sonny akan cuba menuruti langkah idola
beliau iaitu Muhammad Ali. Sonny juga sebenarnya meminati sukan tinju
heavyweight. Namun beralih daripada rugby ke sukan tinju bukanlah
perkara mudah.
“Bergaduh
dan bertumbuk di sekolah tidak sama dengan bertinju. Bila di gelanggang
saya mula berfikir – ini sesuatu yang menakutkan kerana lawan di depan
saya juga sedang berfikir bagaimana untuk tumpaskan saya”.
Muhammad
Ali dan Malcolm X adalah 2 insan yang mencorak hidup saya. Muhammad Ali
lebih banyak memberi pengaruh kepada saya, bukan hanya kerana beliau
seorang peninju ternama tapi juga kerana beliau memeluk Islam dan
memperjuangkan apa yang beliau anuti” – Sonny.
Sonny
berharap untuk kembali ke arena XV selepas sukan Olimpik nanti serta
berhasrat untuk menyertai siri British and Irish Lions yang merupakan
salah satu daripada ‘to do list’ beliau.
Sumber:
http://www.nzherald.co.nz/sport/news/article.cfm?c_id=4&objectid=11664776
https://www.thevocket.com/bagaimana-sony-bill-williams-peluk-islam/
http://www.indahnyaislam.my/2017/03/sonny-bill-dulu-saya-budak-jahat-tetapi-allah-telah-menyelamatkan-saya/
http://www.nzherald.co.nz/sport/news/article.cfm?c_id=4&objectid=11664776
https://www.thevocket.com/bagaimana-sony-bill-williams-peluk-islam/
http://www.indahnyaislam.my/2017/03/sonny-bill-dulu-saya-budak-jahat-tetapi-allah-telah-menyelamatkan-saya/
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :