“Kalau KAYAP Pusing 1 Badan Pasti MATI” Ini Penjelasan Doktor Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | “Betul ke klu kena KAYAP & dia pusing satu ROUND badan anda & bila bertembung…..pasti anda akan MATI. Kalau dia pusing dua round…he! he! anda HIDUP kembali…he he he!”
Nak tau dak, suatu pagi di Klinik doc…seorang pemuda masuk bilik consultant doc dalam kesakitan & kena KAYAP gelembung² menular di bahagian kanan badan serta memegang Surah Yasin. Doc tanya dia mengapa bawa Surah Yasin ni!!. Dia kata: “Doc; betul ke depa kata; saya akan mati bila kayap ni bertembung satu pusingan keliling badan saya nanti. Tolong doc saya muda lagi; belum kahwin lagi”. …Doc hihihi SENYUM KAMBING je dengar kesedihannya!!…kecian doc tengok air mukanya…sungguh DOWN perasaannya!!
Betul ke kata Pemuda tu?? Pernah dalam hidup anda pi ZIARAH JENAZAH mati kerana KAYAP??….TIADA nu…Maka itu MITOS je.
MITOS KAYAP:
- Bila satu hujung kayap bertemu dengan satu hujung lagi….maka MATI le anda. Doc sampai lani tak pernah pi ziarah orang mati kerana kayap seumur hidup doc. Anda ada tak?
- Jangan makan ubat…biar kayap tu keluar habis. Doc nak tanya anda; yang nak sakit tu orang yang kena kayap ke atau yang bagi nasihat kepada kita yang tak betul ni….Lagi kayap merebak…lagi le sakit.
- Bila dah jadi parut dan parut tu sakit…dikata pula sebab kayap tu karam dalam badan & tak keluar habis. Sebenarnya yang sakit ialah saraf kita yang di serang kuman kayap tu sampai 2-3 bulan!
- Jangan makan buah/sayuran menjalar/berjalur (eg: tembikai, timun, labu) hihihi nanti parut anda jalar² macam harimau…hihihihi.
- Tak boleh dengar org goreng lauk, atau mkn mknn goreng & gatal…nanti kayap anda lagi sakit & gatal teruk…..kesihan nu!!
ILMU doc nak bagi sikit hal KAYAP.
Doc
panggil Kayap sebagai Herpes Zoster. Ianya terjadi bila KULIT &
SARAF anda diserang Virus Varicella Zoster. Virus ni serang kulit
DERMATOME & urat saraf KIRI ATAU KANAN je & menyebabkan
keradangan saraf tersebut yang buat anda sakit teramat sangat. Kulit
anda terjadi kebas & panas.
Lepas
3 -5 hari, terdapat tompok-tompok KEMERAHAN yang menyakitkan atas kulit
anda. Lepas 1 – 2 hari, timbul GELOMBONG² air yang kecil. Cecair tu leh
jadi KUNING bila infeksi dengan kuman. Akhirnya gelembong² tu jadi
kering. Kulit kering melupas sendiri dalam 1 -2 minggu. Kemudian tinggal
le PARUT di kulit.
**Doc nak bgi peringatan:
KAYAP
HANYA JADI DI SEBELAH KIRI atau KANAN BADAN/ MUKA je. TAK AKAN
BERTEMBUNG……..he he he… Tok nek kita suka melawak je, kata bila
bertembung MATI le kita. Tau dak, kita nak mati anytime… bukan kerana
kayap nu.
- Jika kayap melibatkan muka, ia libat SEPARUH MUKA kanan atau kiri. Kalau kayap masuk MATA menjadi buta. Kalau kena otot & saraf muka kepala kita. Otot² muka anda akan lumpuh (facial palsy).
- Kayap boleh merebak ke organ dalaman kita seperti:
- otak(meningoencephalitiscarditis), paru-paru (pneumomitis)
- usus (enterocolitis).
Ni Komplikasi jika anda kena Kayap :
– Ada parut dikulit bekas kayap tu.
-Ada kesakitan pada bahagian urat saraf yang kena kuman kayap dalam jangka panjang.
Rawatan:
1.
Menyapu ubat seperti potassium permanganate atau calamine lotion untuk
keringkan gelembong air kayap. Ada yang colek gelembung kayap bagi cepat
kering.
2. Ubat penahan sakit ponstan/ diclofenac.
3. Ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
4. Ubat antiviral Acyclovir, valacyclovir & famciclovir.
Rawatan
traditional boleh je guna. Tapi tiada Medikal Proof je. Kalau tak
kesan….tanggung sendiri le/stop je. Ada yang Sapu kapur, pucuk delima;
melur, mambu, ubi dan bedak. Guna le cara rawatan apa yang anda suka…OK
je!!
Sumber:- Dr. Abdul Rahim
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :