Umum

Hairan Bersungguh² Minta Maaf Kepada Isteri Rupa-Rupanya…

Hairan Bersungguh² Minta Maaf Kepada Isteri Rupa-Rupanya… |”Ayah sempat kejutkan saya untuk sembahyang Subuh sebelum bertolak ke Setiu…Tidak sangka itulah pertemuan yang terakhir dengannya,”.

Demikian kata Ahmad Azri Harith, 18, anak mangsa kemalangan, Rosdi Mohamad Salleh, 51, yang maut dalam kemalangan di Jalan Kelantan, di Padang Air, semalam

Allahyarham Rosdi maut dalam kemalangan antara jam 6.30 hingga 7.00 pagi selepas kereta Perodua Kancil baharu dua minggu dibelinya berlanggar dengan Perodua Myvi.
Mangsa merupakan bekas pengetua di sebuah sekolah di Hulu Terengganu dan kini bertugas di SMK Penarek, Setiu, yang ketika kejadian dalam perjalanan ke tempat kerja.

Ahmad Azri berkata, dia mendapat khabar berita kejadian kira-kira jam 8.30 pagi sebelum bergegas ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dari tempat kerjanya.

“Tiada sebarang perubahan ditunjukkan sebelum ayah terlibat dalam kemalangan. Saya sangat terkejut dan tak sangka ayah akan terlibat dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Ahmad Azri merupakan anak ketiga dari lima beradik yang kini bekerja sambilan di sebuah kantin di bandaraya Kuala Terengganu sambil menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau berkata, apa yang menyedihkan, bapanya itu juga tidak sempat melihat keputusan peperiksaan SPM yang bakal diumumkan hanya dua hari sahaja lagi iaitu Khamis ini.

Sementara itu, ibunya, Roszita Muhammad, 52, yang bertugas di SMK Wakaf Tapai, Marang juga terkejut dengan khabar berita buruk yang diterima pada awal pagi itu.

Menurutnya, arwah suaminya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang berbeza dari kebiasaannya malah bersikap mesra seperti selalu.

“Macam biasa, setiap pagi dia keluar dahulu sebab sekolah jauh di Penarik, Setiu. Pagi tadi, sebelum bertolak, saya di bilik air, dia ketuk pintu maklum, Umi nak pergi dah.

“Tiada sebarang perubahan sikap. Semuanya normal, rasa macam mimpi. Sepanjang hidup bersama.. Dia seorang penyayang dan bertanggungjawab,” katanya.

Bagaimanapun, perasaan berbeza dirasai isteri kedua mangsa, Nor Aini Anuar, 53, yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Marang dan menetap di Sungai Kerak, Marang.

“Last jumpa, kelmarin, selang sehari dengan isteri pertama. Jika dia kat rumah saya, dia call sana, jika dia kat sana, dia call saya. Tanya khabar anak-anak.

“Tetapi bila diingatkan perlakuannya, saya perasan dia banyak minta maaf sejak akhir-akhir ini dan bersungguh meminta maaf. Tetapi tidak syak apa-apa sebab itu perkara biasa.

“Dia suami yang bertanggungjawab dan kehilangannya sudah pasti amat kami rasai,” katanya yang turut berada di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang turut bergegas ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Marang.

“Terima kasih, YB Latif, Pengarah JPNT, orang ramai dan mereka yang membantu di tempat kejadian kalau ada apa, masalah dan hutang…jumpa saya atau isteri pertama arwah,” kata Nor Aini.

Dalam pada itu, difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut menziarahi keluarga mangsa di kampung Kubang Palas, patang tadi.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kubang Palas, Marang petang semalam

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

The post Hairan Bersungguh² Minta Maaf Kepada Isteri Rupa-Rupanya… appeared first on KITA VIRAL.



Sumber: kitaviral


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.