Sensasi

Setelah Lelaki Dari USA Umum Fazura Sebagai Teman Wanitanya, Ini Respon Balas Fazura

Setelah Lelaki Dari USA Umum Fazura Sebagai Teman Wanitanya, Ini Respon Balas Fazura


Baru-baru ini, seorang deejay dari Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa pelakon popular Fazura sebagai teman wanitanya.

Lelaki bernama Randy Seidman itu menceritakan bahawa Fazura seorang yang baik dan mengecam tindakan Presiden USA, Trump yang mahu mengahalang kemasukkan beberapa negara Islam ke USA.

Sebuah video di muatnaik di laman sosial Youtube dan video itu menjadi viral. Ramai yang terkejut mendengar Randy menggelar Fazura sebagai girlfriend nya.

Setelah perkara berkenaan tersebar, ramai yang mahu mendengar apa kata Fazura.

Ini respon dari Fazura tentang hal ini:

"Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaian sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut 'girlfriend' bagi rakan wanita mereka.

"Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu,"

Sementara itu, Fazura telah melahirkan rasa terharu terhadap Randy yang mempertahankan agama Islam.

Ini komen Fazura lagi:

"Walaupun kami berlainan agama dan bangsa tetapi tindakannya itu adalah bukti sifat kemanusian melebihi segala-galanya.

"Randy mempertahankan Islam kerana isu agama memang sensitif di kalangan masyarakat Amerika dan saya bangga mempunyai rakan sepertinya,"

Itulah penjelasan dari Fazura



LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.